MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA “...Tiada sekatan boleh dikenakan ke atas hak ini selain daripada yang ditetapkan oleh undang-undang dan yang perlu dalam masyarakat demokratik demi kepentingan keselamatan negara atau keselamatan awam, ketenteraman awam, perlindungan kesihatan awam atau moral atau perlindungan hak dan kebebasan orang lain. Artikel ini tidak boleh menghalang pengenaan sekatan yang sah terhadap anggota tentera dan polis dalam mengamalkan hak ini.” • Sekatan tersebut dikenakan kerana kedudukan dan kuasa khusus yang diberikan kepada pasukan tentera dan polis menyebabkan hak tersebut tertakluk kepada sekatan yang lebih ketat berbanding dengan rakyat biasa. Ini mencerminkan kepentingan mengutamakan keselamatan mengatasi kepentingan individu untuk menikmati hak yang terhad. Walau bagaimanapun sekatan tersebut mestilah mengikut undang-undang domestik dan tidak boleh dilaksana sewenang-wenangnya. Contohnya Perlembagaan Hungary yang menghalang pegawai dan anggota polis Hungary daripada menjadi ahli dalam parti politik dan ia tidak melanggar Artikel 10 dan 11 Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) kerana matlamat sekatan tersebut adalah sah iaitu untuk mengelakkan institusi polis dipolitikkan selepas era komunis dan semasa proses transformasi dari rejim totalitarian kepada demokrasi majmuk. • Oleh itu, apa-apa sekatan yang dikenakan terhadap hak asasi manusia yang tidak mutlak hendaklah selari dengan prinsip-prinsip yang terkandung dalam undang-undang adat hak asasi manusia atau undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. • Pendedahan kepada situasi yang mencabar adalah sebahagian daripada tugas seorang pegawai dan anggota polis yang memberikan kesan kepada emosi mereka. • Oleh itu, sebuah pasukan polis mesti memastikan bahawa pegawai dan anggota polis mempunyai prosedur operasi yang mencukupi serta mendapat latihan yang memadai sebelum mereka masuk ke dalam situasi sedemikian. Latihan memberikan peluang untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pegawai dan anggota polis tentang kepentingan untuk melindungi dan menghormati hak asasi manusia walaupun dalam situasi yang sukar. • Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, hak asasi manusia adalah melibatkan hubungan antara hak asasi individu dan tanggungjawab negara. Oleh itu, penting untuk mengenalpasti pemegang hak dan pemikul tanggungjawab agar tuntutan hak asasi manusia dikemukakan kepada pemikul tanggungjawab yang sebenar. • Sekiranya berlaku tindakan agresif penjenayah sehingga menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis, maka pemegang hak dalam situasi tersebut ialah anggota polis yang tercedera dan pemikul tanggungjawab ialah pasukan polis atau kerajaan. Oleh itu dari perspektif hak asasi manusia, pasukan polis atau kerajaan perlu dipertanggungjawabkan dengan persoalan berikut: - Bagaimanakah anggota atau pegawai polis diberikan persediaan untuk operasi? Apakah langkah-langkah untuk melindungi mereka dalam situasi berbahaya? Peralatan apa yang mereka perlukan? Apakah langkah-langkah keselamatan yang telah dilaksanakan untuk menjamin keselamatan anggota dan pegawai polis? Apakah bantuan yang diberikan selepas berlaku kemalangan kepada anggota atau pegawai polis berkenaan? 31 

Select target paragraph3