MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Aktiviti 3: Hak Mutlak dan Hak Terbatas
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan memberikan kefahaman kepada peserta berkenaan pembahagian
hak kepada yang bersifat mutlak dan terhad.
Bahan: Papan putih, pen marker dan kertas mengandungi artikel UDHR
Tempoh masa: 15 Minit
Kaedah pelaksanaan
a. Tenaga pengajar perlu menyediakan kertas yang mengandungi pernyataan hak
berdasarkan kepada artikel UDHR dan meletakkan pelekat di belakang kertas tersebut.
Contohnya:
Hak kepada
Pendidikan
Perlindungan
daripada penyeksaan
Hak kepada
Kebebasan diri
b. Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 5 hingga
8 orang.
c. Lukis dua kotak di papan putih dan satu bahagian ditulis tajuk ‘Hak Mutlak / Nonderogable Rights’ manakala satu lagi tajuk ‘Hak Terhad / Derogable Rights’.
Hak Mutlak
Hak Terbatas
d. Setiap kumpulan akan memilih kertas ringkasan artikel secara bergilir dan perlu melekat
kertas mengikut kategori hak yang tertulis pada kertas berkenaan.
e. Kumpulan yang berjaya melekat semua kertas ringkasan hak mengikut kategori yang
betul diberikan ganjaran.
f. Tenaga pengajar memberikan pandangan sekiranya terdapat kesilapan dalam
mengklasifikasikan hak-hak berkenaan. Tenaga pengajar menamatkan aktiviti dengan
rumusan bahawa asas pembahagian antara hak mutlak dan hak terbatas adalah dari
segi keperluan yang paling asas antara keperluan-keperluan manusia untuk hidup.
27