MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA “Pengakuan ke atas kemuliaan yang sedia wujud serta hak yang sama rata dan tak terpisah bagi seluruh umat manusia adalah asas kebebasan, keadilan dan kedamaian dunia” UDHR i. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Nyatakan alasan anda . ii. Bolehkah anda fikirkan apakah teras lain kepada kebebasan, keadilan dan keamanan di dunia. iii. Siapakah yang memiliki hak asasi manusia? Adakah penjenayah dan pemimpin negara juga mempunyai hak asasi? “Menafikan hak asasi seseorang kemanusiaannya”- Nelson Mandela individu bermakna mencabar i. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Nyatakan alasan pandangan anda tersebut. ii. Apakah kesan apabila hak asasi manusia dinafikan? Berikan contoh masakini situasi tersebut. iii. Bagaimanakah hak asasi manusia boleh dipertahankan? “Hak asasi manusia adalah ciptaan budaya Barat dan tidak sesuai dengan budaya masyarakat Timur yang mementingkan kesopanan dan kepercayaan agama.” i. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Nyatakan alasan pandangan anda tersebut. ii. Bolehkah anda senaraikan perbezaan antara hak asasi Barat dan hak asasi Timur? iii. Sekiranya hak asasi manusia bersifat relatif bukankah ia bercanggah dengan sifat hak itu sendiri yang merupakan asasi bagi setiap manusia? “Hak asasi manusia – hak sivil, politik, ekonomi, sosial dan budaya - tidak boleh dilihat sebagai barang mewah atau “disimpan untuk kemudian hari”, setelah keamanan dan pembangunan telah dicapai.” – Antonio Guterras. i. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Nyatakan alasan anda. ii. Berdasarkan kepada pernyataan di atas, adakah anda berpendapat terdapat perbezaan antara satu bentuk hak asasi dengan hak asasi yang lain? Berikan contoh kepada pandangan anda tersebut. iii. Adakah anda bersetuju bahawa hak ekonomi, sosial dan budaya adalah untuk negara-negara membangun manakala hak sivil dan politik adalah untuk negaranegara maju? Nyatakan alasan pandangan anda tersebut. 26 

Select target paragraph3