MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA d. Tenaga pengajar membaca Senario I seperti berikut: Senario l Kumpulan anda terdampar di sebuah pulau. Kumpulan anda mendapati tiada sesiapa tinggal di pulau tersebut atau sebarang kemudahan yang moden. Sekiranya kumpulan anda diberi pilihan untuk memilih 16 perkara daripada senarai yang ditunjukkan, apakah pilihan anda? Diingatkan terdapat tiga orang kanak-kanak dalam kumpulan anda. e. Peserta diminta untuk membuat pilihan dengan mengambil kira persetujuan semua ahli kumpulan sambil cuba membezakan antara kehendak dan keperluan untuk hidup di pulau tersebut. Setelah mendapat 16 pilihan, seorang wakil kumpulan akan menulisnya di atas kertas mahjong dan membentangkannya. f. Seterusnya tenaga pengajar membaca Senario II Senario II Setelah tinggal sementara di pulau ini, kumpulan anda mendapati tiada sesiapa yang datang mencari kumpulan anda. 3 bulan telah berlalu, dan pada suatu hari ombak besar telah melanda pulau ini. Sekarang kurangkan pilihan kumpulan anda daripada 16 perkara kepada 10 sahaja. g. Peserta diminta untuk membuat pilihan dengan mengambil kira persetujuan semua ahli kumpulan sambil cuba membezakan kehendak dan keperluan untuk hidup di pulau tersebut. Setelah mendapat 10 pilihan, seorang wakil kumpulan akan memotong daripada senarai di atas kertas mahjong sebelum ini sebanyak 6 perkara dan membentangkannya. h. Seterusnya tenaga pengajar membacakan Senario III Senario III Setelah kumpulan anda membina komuniti dan mengatasi perasaan trauma disebabkan ombak besar, kebakaran telah melanda pulau ini dan kebanyakan hutan sekitar pulau musnah. Sekarang kumpulan anda terpaksa mengurangkan pilihan anda kepada 5 perkara sahaja. i. Setiap kumpulan dikehendaki memilih 5 perkara dari 10 yang tinggal. Ahli kumpulan perlu berbincang dengan mengambil kira keperluan dan kehendak bagi memastikan kesejahteraan hidup mereka di pulau tersebut. j. Senaraikan 5 perkara tersebut dan jelaskan mengapa ia penting untuk kesejahteraan kehidupan. 24 

Select target paragraph3