MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
•
OCC berfungsi untuk memastikan bahawa empat (4) prinsip teras CRC
dikuatkuasakan iaitu:
o Tiada diskriminasi;
o Kepentingan terbaik kanak-kanak;
o Hak untuk perkembangan dan kelangsungan hidup;
o Hormat terhadap pandangan kanak-kanak
Selain itu, peranan OCC adalah untuk menasihati Kerajaan untuk meminda
undang-undang yang berkaitan dengan kanak-kanak serta tatacara pentadbiran,
memberi pendidikan dan latihan serta membuat siasatan terhadap pelanggaran hak
kanak-kanak.
Aktiviti 1: Keperluan dan Kehendak
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan memberikan kefahaman kepada peserta bahawa keperluan asas
manusia membentuk hak asasi manusia untuk hidup secara bermaruah. Ia bukanlah suatu
kehendak. Hak asasi manusia adalah serupa untuk setiap individu tanpa mengira latar
belakang, jantina, kewarganegaraan.
Bahan: Kertas mahjong, pen marker dan artikel senario
Tempoh masa: 30 Minit
Kaedah pelaksanaan
a.
Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan mengandungi 5
hingga 8 orang.
b.
Berikan setiap kumpulan kertas mahjong dan pen marker.
c.
Tenaga pengajar menyenaraikan 20 perkara seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
Makanan yang berkhasiat
Televisyen
Air yang bersih
Kereta
Kebebasan memberikan pendapat
Bantuan perubatan
Gula-gula
Pendidikan
Bilik tidur persendirian
Perlindungan daripada diskriminasi
Duit
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
23
Percutian
Tempat tinggal
Kebebasan beragama
Komputer
Pakaian berjenama
Udara yang bersih
Pemain mp3
Taman permainan
Perlindungan daripada penderaan
dan pengabaian