MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 7.1 Hubungan antara undang-undang antarabangsa dan domestik • Secara umum, selagi sesebuah negara melaksanakan tanggungjawabnya di bawah undang-undang antarabangsa, sama ada ia mengamalkan sistem perundangan monis atau dualis bukanlah sesuatu yang ditentukan oleh undangundang atau masyarakat antarabangsa. • Undang-undang antarabangsa dan domestik bergantung kepada sistem perundangan yang wujud di negara tersebut sama ada monis atau dualis. Definisi monis dan dualis adalah seperti berikut: i. Monis Undang-undang antarabangsa adalah lebih ‘superior’ daripada undangundang domestik. Apabila sesuatu undang-undang antarabangsa diterima pakai oleh organisasi antarabangsa seperti PBB, secara automatik ia akan menjadi sebahagian daripada undang-undang negara. Ia boleh diguna pakai oleh mahkamah dan sekiranya berlaku percanggahan antara dua undang-undang tersebut, maka undang-undang antarabangsa akan diutamakan. Contoh negara tersebut adalah Perancis, Austria dan Britain6. ii. Dualis Undang-undang antarabangsa dan domestik adalah dua sistem yang berasingan. Di negara tersebut, undang-undang antarabangsa tidak akan dianggap sebagai undang-undang domestik sehingga diterima pakai oleh perundangan atau dasar di dalam negara berkenaan. Contoh negara tersebut adalah Malaysia, Australia dan Kanada. • Walau bagaimanapun, undang-undang adat antarabangsa (yang berbeza dengan undang-undang triti) perlu dipatuhi oleh setiap negara walaupun ia tidak dimasukkan ke dalam undang-undang domestik secara rasmi. Contoh undang-undang adat antarabangsa adalah seperti larangan pembunuhan beramai-ramai (genocide), prinsip non-refoulment dan imuniti untuk wakil dan ketua negara asing. • Berdasarkan takrifan undang-undang di bawah Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan7, dapat difahami bahawa undang-undang antarabangsa tidak diktiraf sebagai undang-undang kecuali setelah ia dimasukkan ke dalam undang-undang domestik. Oleh itu, walaupun negara meratifikasi mana-mana undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, undang-undang tersebut tidak terpakai secara automatik di Malaysia sehinggalah pindaan dibuat kepada mana-mana undang-undang domestik berkaitan yang sedia ada atau draf akta baru dibentang dan dibahas di Parlimen sebelum ia diluluskan untuk menjadi undang-undang domestik bagi menguatkuasakan undang-undang antarabangsa tersebut. Sloss, D. (2011). Domestic Application of Treaties. Boleh diakses di https://digitalcommons.law.scu.edu/cgi/ viewcontent.cgi?article=1620&context=facpubs 7 Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Dalam Perlembagaan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ungkapan-ungkapan yang berikut mempunyai erti sebagaimana yang diberikan dengan ini kepadanya masing-masing, iaitu….. “Undang-undang” termasuklah undang-undang bertulis, common law setakat yang berkuat kuasa di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, dan apa-apa adat atau kelaziman yang mempunyai kuat kuasa undang-undang di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; ….. 6 16 

Select target paragraph3