MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
•
Artikel 17 - 22 menubuhkan Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi
Terhadap Wanita (Jawatankuasa CEDAW), pemantauan pelaksaan CEDAW
dan pelaporan oleh negara ahli. Manakala Artikel 23 - 30 adalah berkaitan
ratifikasi, penafsiran konvensyen, dan pertikaian antara negara ahli berkaitan
konvensyen.
v. Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman yang Zalim,
Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah 1984 (UNCAT)
• Konvesyen ini memerlukan negara mengambil langkah-langkah yang efektif
untuk menyekat penyeksaan daripada berlaku di bawah bidang kuasa
mereka. Ia juga menghalang negara daripada memindahkan mana-mana
individu ke tempat di mana individu berkenaan akan terdedah kepada
penyeksaan. Konvensyen ini mengandungi 33 Artikel.
•
Artikel 1 memberikan takrifan ‘penyeksaan’ sebagai kesakitan dan
penderitaan yang teruk (fizikal atau mental) akibat daripada perbuatan
yang disengajakan untuk tujuan tertentu seperti mendapatkan maklumat
atau pengakuan, satu bentuk hukuman, ugutan atau diskriminasi dan
lain-lain lagi disebabkan oleh hasutan atau kebenaran atau di bawah
pengetahuan kakitangan kerajaan atau mana-mana individu yang bertindak
atas kapasiti rasmi.
•
Artikel 2 – 16 menyenaraikan tanggungjawab negara ahli antaranya
pencegahan
penyeksaan
dan
kemutlakannya;
‘non-refoulement’;
menjadikan penyeksaan satu jenayah; bidang kuasa negara ahli ke atas
penyeksaan; urusan penjagaan dan prosedur siasatan; ekstradisi, pendakwaan
dan bantuan perundangan bersama; pendidikan dan latihan; semakan semula
prosedur penahanan; siasatan yang segera dan bebas; prosedur aduan;
hak mangsa kepada penyelesaian dan pemulihan; bukti diperolehi melalui
penyeksaan tidak boleh diterima; dan pencegahan layanan dan hukuman
yang kejam, tidak berperikemanusian atau menjatuhkan maruah. Artikel 17
- 24 adalah berkaitan penubuhan Jawatankuasa Menentang Penyeksaan
(CAT) untuk memantau pelaksanaan konvensyen. Artikel selebihnya iaitu 25 31 adalah berkaitan pematuhan, ratifikasi dan penafsiran konvensyen.
vi. Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak 1989 (CRC)
• Konvensyen ini memberikan takrifan kanak-kanak sebagai individu yang
berusia di bawah 18 tahun (Artikel 1). Konvensyen ini mengandungi 54 Artikel
yang menggariskan hak kanak-kanak yang merangkumi antaranya kanakkanak tidak boleh dieksploitasi sebagai buruh yang murah dan tentera; hak
kepada makanan berkhasiat; prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak; air
yang bersih; penjagaan kesihatan; pendidikan percuma; kelangsungan dan
pembangunan kehidupan; hak kepada kebudayaan; agama; dan bahasa
(Artikel 2 - 41).
•
Artikel 42 - 45 menubuhkan Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak (Jawatankuasa
CRC) untuk memantau pelaksanaan CRC. Manakala Artikel 46 - 54 adalah
berkaitan ratifikasi, pindaan dan pentadbiran Konvensyen tersebut.
13