MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Non-refoulment - prinsip asas undang-undang antarabangsa yang melarang sesebuah negara daripada mengembalikan pencari suaka atau pelarian ke negara di mana mereka mungkin berada dalam bahaya penganiayaan berdasarkan kaum, agama, kewarganegaraan, keanggotaan kumpulan sosial atau pendapat politik tertentu. Orang Kena Tahan (OKT) – orang yang ditangkap oleh penguatkuasa undang-undang berdasarkan kepada Seksyen kerana disyaki melakukan sesuatu kesalahan di bawah undang-undang. Orang Kurang Upaya (OKU) - mereka yang mempunyai kecacatan fizikal, gangguan mental, intelektual atau deria untuk jangkamasa panjang yang mana interaksi mereka dengan pelbagai halangan boleh menghalang penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat secara saksama dengan orang lain. Berdasarkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tujuh kategori OKU iaitu kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pertuturan, kurang upaya fizikal, kurang upaya pembelajaran, kurang upaya mental dan kurang upaya pelbagai. Orang Kena Tuduh (OKT) - orang yang menghadapi pertuduhan di mahkamah atas sesuatu kesalahan tetapi belum disabitkan kesalahan tersebut Orang Yang Disyaki (OYDS) – orang yang berada di dalam tahanan polis untuk tujuan siasatan atas sesuatu kesalahan di bawah undang-undang sebelum dikenakan pertuduhan di mahkamah Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia - pegawai utama hak asasi manusia PBB. Pesuruhjaya Tinggi mengetuai Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) beribupejabat di Geneva yang ditubuhkan untuk menyokong mekanisme hak asasi manusia PBB. Pelanggaran hak asasi manusia – tindakan atau tiada tindakan oleh negara atau perniagaan yang menyebabkan mana-mana individu dinafikan hak asasi manusia. Pelapor Khas (Special Raporteur) - seseorang yang dipilih oleh badan hak asasi manusia, seperti Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk melaporkan tentang tema tertentu antaranya isu perumahan yang mencukupi, pelacuran dan pornografi kanak-kanak, keganasan terhadap wanita atau situasi hak asasi manusia di negara tertentu. Pemeriksaan tepuk - pemeriksaan di bahagian luar tubuh secara menyentuh dengan tangan termasuk pemeriksaan ke atas apa-apa yang dipakai atau dibawanya. Pemeriksaan tanggal - pemeriksaan melibatkan penanggalan sebahagian daripada pakaian dan menutup dengan pakaian khas. Dilakukan oleh penguatkuasa undangundang setelah pemeriksaan tepuk tidak memadai dan mengikut Kanun Prosedur Jenayah. Pemeriksaan dalaman - Melibatkan pemeriksaan fizikal lubang badan selain daripada mulut, hidung dan telinga. Dilakukan oleh penguatkuasa undang-undang setelah pemeriksaan tanggal tidak memadai dan mengikut Kanun Prosedur Jenayah 175 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents