MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA UJIAN KEFAHAMAN KURSUS Modul 1: Pengenalan kepada konsep hak asasi manusia 1. Antara berikut, yang manakah TIDAK BENAR tentang hak asasi manusia? a. Semua hak asasi manusia adalah mutlak b. Hak asasi manusia adalah hak yang secara fitrahnya dimiliki setiap manusia tanpa mengira sebarang perbezaan yang wujud antara manusia c. Hak asasi manusia ini saling berkaitan, saling bergantung dan tidak boleh dibahagikan d. Hak asasi manusia menjadikan individu sebagai ‘pemegang hak’ manakala negara sebagai ‘pemikul tanggungjawab’ 2. Antara berikut, yang manakah kepentingan hak asasi manusia? i. melindungi dan membantu mengatasi diskriminasi dan peminggiran ii. memastikan negara tidak meminggirkan golongan rentan iii. memastikan kefahaman versi Barat mengenai hak asasi manusia diterima di seluruh dunia iv. mewujudkan mekanisme pemantauan ke atas negara-negara a. i dan ii b. i, iii dan iv c. i, ii dan iv d. iii dan iv 3. Antara berikut yang manakah menjelaskan dengan tepat berkaitan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)? i. UDHR adalah satu piawaian menetapkan hak asasi manusia yang standard untuk semua negara ii. UDHR mempunyai 30 Artikel di mana Artikel 29 menekankan bahawa setiap individu mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat dan sekatan yang munasabah boleh dikenakan ke atas hak asasi manusia iii. UDHR diterimapakai oleh PBB pada 10 Disember 1948 dan menjadi pemangkin kepada kemerdekaan bagi negara-negara yang dijajah iv. UDHR terhasil akibat daripada pengalaman akibat Perang Dunia Kedua. a. i dan ii b. i, ii dan iii 4. c. i dan iv d. i, ii, iii dan iv Kenapakah UDHR dihasilkan? a. Kesan daripada perang saudara. b. Pengaruh Eleonar Roosevelt yang menggesa UDHR diterimapakai PBB c. Kerana Liga Bangsa-Bangsa telah gagal melindungi hak asasi manusia d. Untuk menjelaskan konsep hak asasi manusia dalam piagam PBB 5. Apakah maksud konsep ‘margin of appreciation’ dalam pelaksanaan tanggungjawab negara terhadap hak asasi manusia? a. Negara berhak melaksanakan apa-apa sahaja mengikut budibicaranya b. Negara diberikan ruang munasabah untuk menentukan sekatan kepada hak asasi manusia mengikut nilai dan tradisi perlembagaan serta undang-undang selaras Artikel 29 UDHR. c. Negara bertanggungjawab memastikan hak asasi manusia dilindungi, dihormati dan dipenuhi dalam semua keadaan d. Negara harus dihakimi sekiranya gagal melindungi atau melanggar hak asasi manusia rakyat mereka 161 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents