MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 5.26 Negara-negara yang menyertai Protokol Pilihan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu-Bersatu Menentang Penyeksaan hendaklah memberi kuasa kepada Mekanisme Pencegahan Kebangsaan (National Preventive Mechanisms) untuk membuat lawatan mengejut ke tempat tahanan. Mereka patut mempunyai akses kepada maklumat dan fail-fail serta kuasa untuk menjalankan temubual secara sulit dengan orang-orang yang dilucutkan kebebasannya dan begitu juga dengan kakitangan. 5.27 Kerajaan patut mendirikan sistem dan proses yang membenarkan badan pemantauan luar memberikan cadangan tentang sebarang perubahan yang perlu untuk meningkatkan keberkesanan temubual dan perlindungan undang-undang. Pihak berkuasa patut komited menjalankan dialog dengan badan-badan luar mengenai dapatan dan cadangan mereka. 5.28 Organisasi masyarakat sivil juga boleh memainkan peranan penting dalam pemerhatian dan pemantauan bebas. Pihak berkuasa patut mengalu-alukan penyertaan mereka dan memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap sebarang laporan yang dikemukakan hasil daripada pemantauan tempat orang dilucutkan kebebasannya dan tempat mereka ditemubual; ini termasuklah temubual dengan saksi dan mangsa. Aduan dan Siasatan 5.29 Semua orang yang ditemubual mempunyai hak untuk membuat aduan tentang sebarang penganiayaan, termasuk penafian hak atau perlindungan. Aduan sedemikian hendaklah diperiksa dengan segera, menyeluruh dan tidak berat sebelah melalui saluran berkelayakan dan yang diperuntukkan. 5.30 Akses kepada mekanisme aduan hendaklah mudah, terus, percuma, dan sulit. Langkahlangkah yang sewajarnya hendaklah diambil bagi memastikan bahawa mekanisme aduan boleh diakses oleh semua, khususnya orang dalam situasi kerentanan tinggi. Pengadu patut menerima panduan jelas tentang proses aduan, mekanisme rayuan dan hasilnya. 5.31 Semua aduan hendaklah direkodkan, tanpa mengira masa kejadian. Aduan sedemikian hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod rasmi. Setiap kali sesebuah aduan dibuat oleh atau bagi pihak orang yang ditemubual semasa perjalanan temubual, perekodan boleh menyebabkan penangguhan sementara temubual tersebut. 5.32 Apabila penemubual mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang ditemubual telah dianiaya atau hak mereka dinafikan sebelum temubual, mereka patut memaklumkan pegawai atau pihak berkuasa yang sesuai, yang kemudiannya akan bertanggungjawab menangani dakwaan tersebut. 5.33 Setiap kali terdapat alasan untuk mempercayai bahawa satu perbuatan menyeksa telah dilakukan, walaupun tiada aduan, siasatan yang menyeluruh, segera dan saksama hendaklah dilakukan, menurut Artikel 12 Konvensyen PBB Menentang Penyeksaan. 155 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents