MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 5.18 Tanggungjawab untuk membuat laporan tentang penyeksaan dan layanan buruk patut digalakkan dan dilindungi. Jika seorang pegawai rasa dia tidak boleh mempersoalkan atau mencabar seorang rakan sekerja secara langsung, dia patut melaporkan kebimbangannya melalui pengurus peringkat, mekanisme pelaporan agensi atau lainlain saluran yang sesuai termasuk mekanisme pemerhatian. Tanggungjawab untuk membuat laporan ini juga patut terpakai jika mereka mempunyai tanggapan bahawa kebimbangan mereka tidak mendapat tindakbalas yang sepatutnya. 5.19 Sesiapa yang melaporkan perlanggaran, seperti seorang ‘pemberi maklumat’, hendaklah mendapat perlindungan secukupnya daripada sebarang bentuk tindak balas atau layanan yang negatif. 5.20 Profesional keadilan jenayah yang lain, seperti peguam, pendakwa dan hakim yang melihat, mendengar, atau mengesyaki terdapat kesalahan berkaitan temubual, turut mempunyai tanggungjawab untuk membawa perkara tersebut kepada perhatian agensi melalui saluran yang sesuai atau melaporkannya kepada pihak berkuasa lain yang relevan. 5.21 Profesional keadilan jenayah memainkan peranan penting dalam mencegah penyeksaan dan layanan buruk yang lain dan meningkatkan amalan temubual. Ini termasuklah, secara khususnya, tanggungjawab untuk mengenepikan dari prosiding kehakiman sebarang keterangan yang diperoleh melalui penyeksaan, layanan buruk yang lain, kesalahan tatacara atau sebarang bentuk kaedah yang memaksa. 5.22 Kebergantungan melampau terhadap pengakuan dalam prosiding kehakiman menyebabkan insentif yang tidak wajar kerana penemubual melihat pengakuan sebagai satu-satunya objektif sesebuah temubual, dan oleh itu patut dielakkan. Pemerhatian Luar dan Pemantauan Bebas 5.23 Badan pemerhati luar – seperti Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan, Pejabat Ombudsman, badan kehakiman, atau organisasi pemerhatian khusus – patut mempunyai akses kepada mana-mana fasiliti di mana tahanan ditemubual dan maklumat tentang tahanan. 5.24 Badan pemantauan luar patut boleh menghubungi secara tertutup mana-mana orang dalam tahanan. Orang yang membuat aduan tentang layanan buruk atau pencabulan oleh agen kerajaan mesti mempunyai hak untuk berkomunikasi dengan bebas dan sulit dengan badan pemantauan bebas, tanpa takut dengan tindak balas, tertakluk kepada syarat munasabah bagi memastikan keselamatan dan keteraturan. 5.25 Selaras dengan Prinsip-prinsip Paris mengenai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan, badan pemantauan luar patut bebas dan mempunyai sumber yang mencukupi untuk menjalankan analisis menyeluruh, segera, saksama dan adil terhadap fungsi tempat di mana orang ditemubual dan memastikan hak dan maruah orang tersebut dihormati. 154 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents