MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 2.28 Akses kepada peguam semestinya dikaitkan dengan perlindungan hak, berupaya menghalang penyeksaan dan layanan buruk yang lain, dan membantu melindungi mereka daripada dipaksa menginkriminasikan diri. 2.29 Orang yang ditemubual berhak mendapatkan peguam pilihan mereka sendiri, atau peguam yang disediakan secara percuma demi kepentingan keadilan. Mereka berhak berbincang dengan peguam dalam tempoh yang mencukupi dan suasana yang tertutup sebelum temubual. Pegawai tahanan hendaklah aktif membantu peguam hadir tepat pada masanya dengan kerjasama penemubual (sekiranya pegawai yang berbeza). 2.30 Apabila orang yang ditemubual meminta kehadiran peguam, temubual tersebut – atau kononnya ‘perbualan tak rasmi’ – tidak boleh berlaku sebelum orang yang ditemubual bertemu peguam mereka dan tidak boleh dijalankan tanpa kehadiran peguam tersebut. 2.31 Orang yang ditemubual boleh mengenepikan hak diwakili peguam. Sekiranya, atau apabila orang yang ditemubual mengambil keputusan untuk mengenepikan hak diwakili peguam, pengenepian tersebut haruslah dibuat dengan bebas, sukarela, dan direkodkan sewajarnya, dan hendaklah ditandatangani oleh orang yang ditahan. Sesiapa yang telah mengenepikan hak diwakili peguam hendaklah dimaklumkan dengan jelas bahawa penepian tersebut boleh dibatalkan pada bila-bila masa. 2.32 Kehadiran peguam wajib bagi kanak-kanak yang ditahan dan apabila ditemubual sebagai suspek. Akses kepada Pemeriksaan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan 2.33 Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab untuk melindungi integriti dan kesihatan semua orang dalam jagaan mereka. Tahanan hendaklah diberikan jaminan jelas hak mereka untuk mengakses seorang doktor dan hak pemeriksaan perubatan oleh seorang profesional kesihatan bebas, tanpa penangguhan, sejak bermulanya perlucutan kebebasan. Pihak berkuasa tahanan turut bertanggungjawab menyediakan akses penjagaan kesihatan kepada tahanan sepanjang tempoh tahanan. 2.34 Keadaan fizikal dan mental orang yang ditangkap atau ditahan ketika memasuki pusat tahanan, termasuk tanda-tanda atau aduan kekerasan melampau yang diterima ketika tangkapan dan ketika dibawa ke dalam jagaan, hendaklah direkodkan oleh doktor atau profesional perubatan lain. Satu pemeriksaan perubatan bebas, yang mematuhi Protokol Istanbul, hendaklah dilaksanakan serta-merta, jika diminta oleh tahanan, atau apabila timbul rasa syak atau petanda, bahawa mereka telah mengalami penyeksaan atau layanan buruk yang lain. Profesional perubatan yang menjalankan pemeriksaan seharusnya tidak terikat atau tugasnya tidak bergantung pada pihak berkuasa tahanan atau agensi penguatkuasa undang-undang. Temubual tidak boleh dijalankan sehinggalah pemeriksaan perubatan selesai. 2.35 Pemeriksaan perubatan hendaklah disediakan secara percuma oleh profesional perubatan yang sesuai dan terlatih, saksama dan bebas. Pihak berkuasa hendaklah memastikan gender kakitangan perubatan yang terlibat dalam pemeriksaan tersebut 138 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents