MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 2.16 Layanan buruk atau keadaan yang tidak mencapai piawaian ketika tempoh permulaan ini mungkin meninggalkan kesan negatif terhadap penyiasatan dan mana-mana temubual selanjutnya: orang yang ditemubual mungkin keberatan untuk bercakap dan mungkin mengalami kesan kognitif dan fizikal yang memudaratkan serta melemahkan keupayan mereka untuk memahami sepenuhnya dan menggunakan hak mereka, serta keupayaan mereka untuk memberikan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai. Memastikan perlindungan hak asasi dan maruah orang yang ditemubual ketika ini, selain daripada menjalankan tugas sah sebagai pegawai, menyumbang kepada integriti semua prosedur yang berikutnya. 2.17 Apabila seseorang ditahan sebelum atau semasa sesi temubual, pihak berkuasa hendaklah memastikan bahawa penahanan dibuat dengan mematuhi hak asasi manusia dan mereka dilayan dengan bermaruah pada setiap masa. Ini termasuklah memenuhi keperluan asas berkenaan makanan, air, suhu dan rehat yang secukupnya. 2.18 Temubual tidak sepatutnya terlampau lama dan hendaklah dijalankan dalam persekitaran yang tidak menakutkan, dan mematuhi hak asasi dengan memberi perhatian kepada privasi dan keselamatan. Keadaan fizikal yang optimal bagi orang yang ditemu ramah boleh meningkatkan penumpuan, menggalakkan hubungan baik, meningkatkan komunikasi dan memudahkan mengingati semula memori yang boleh dipercayai. Memaklumkan orang yang ditemubual 2.19 Menunjukkan keprihatinan terhadap orang yang ditemubual sejak pertemuan awal ialah peluang pertama untuk membina kepercayaan dan hubungan baik. Hal ini lebih mudah berlaku jika orang yang ditemubual diberikan penjelasan awal dan jujur tentang sebab mereka dibawa untuk disoal, formaliti apa yang digunapakai, dan bagaimana temubual akan dijalankan. Memberi penjelasan mengenai prosedur dan aktiviti yang mungkin berlaku ialah peluang awal untuk menunjukkan keikhlasan, rasa hormat, memberikan jangkaan dan perhatian penuh, serta membina kepercayaan. 2.20 Apabila seseorang itu dilucutkan kebebasannya, pihak berkuasa tahanan mestilah menerangkan dengan jelas kepada orang tersebut: tindakan yang sedang diambil (misalnya tangkapan); alasan berfakta dan undang-undang yang menjustifikasikan tindakan tersebut; dan berkomunikasi dengan jelas memaklumkan tentang hak mereka. Pihak berkuasa tahanan hendaklah pada sepanjang proses mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan bahawa mereka memahami sebabsebab dan hak, termasuk bagaimana untuk mengakses dan menggunakan hak mereka sepenuhnya. 2.21 Hak untuk dimaklumkan oleh pihak berkuasa tentang sebab tangkapan terpakai tidak kira bagaimana cara, formaliti atau perbuatan tak rasmi yang dilakukan untuk melaksanakan tangkapan, dan juga tidak kira apa-apa pun sebab perlucutan kebebasan. Memberikan maklumat mengenai sebab tangkapan dan sebarang pertuduhan ialah perlindungan terhadap tangkapan arbitrari dan membolehkan seseorang mencabar kesahan tangkapan mereka dan memohon supaya dilepaskan sekiranya mereka percaya bahawa sebab tangkapan itu tidak berasas, tidak sah, atau menyalahi undang-undang. Ini juga membolehkan seseorang mencabar dan memohon supaya keadaan dan layanan dalam tahanan diperbaiki. 136 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents