MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Asas Etika Profesional 1.30 Penemubual yang berkesan patut mematuhi piawaian etika yang tertinggi. Kawal selia profesional bagi penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa lain yang mengumpul maklumat, misalnya kod etika dan tatatertib profesional, menyatakan tujuan, nilai dan jangkaan tingkah laku yang wajar. Piawaian profesional ini patut mengawal semua aspek tugas seorang pegawai, termasuk temubual, sesuai dengan kewajipan undang-undang antarabangsa. 1.31 Komitmen untuk menjalankan temubual yang beretika patut membimbing manamana penemubual. Mereka tidak patut mengorbankan prinsip demi kepentingan walaupun terdapat tekanan hebat untuk melakukan sebaliknya (misalnya masa yang terhad atau mahukan hasil). Dalam menggunakan kuasa ketika menggunapakai undang-undang, penemubual patut mensasarkan untuk mendapatkan hasil yang kukuh, yang boleh dipertahankan, yang mampu berhadapan dengan pemantauan etika, kehakiman dan masyarakat awam. 1.32 Kod etika profesional bagi pegawai penguatkuasa undang-undang menekankan kepentingan rasa hormat, keadilan dan kejujuran sebagai asas semua temubual: a. Hormat termasuk menghormati undang-undang, maruah seseorang, dan integriti proses pengumpulan maklumat. Ia juga termasuk menghormati autonomi individu, termasuk hak setiap orang yang ditemubual untuk memilih sama ada hendak bercakap atau tidak. b. Keadilan bermakna penemubual melayan orang yang ditemubual dengan adil, tanpa pilih kasih atau diskriminasi. Keadilan ialah bertindak dengan kawalan kendiri dan profesionalisme pada setiap masa, walaupun menghadapi provokasi, dan mengenepikan semua pendapat peribadi. c. Kejujuran bermaksud ikhlas dan tulus mengendalikan orang yang ditemubual. Penemubual tidak memanipulasi atau menipu orang yang ditemubual dengan penipuan, tanggapan salah, penyataan yang berlebih-lebih, separuh benar atau lain-lain lagi. 1.33 Pada setiap masa, pegawai dikehendaki menggunakan kuasa kerajaan secara sah, adil dan bertanggungjawab. Sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang, yang dilakukan dalam kapasiti rasmi, ialah suatu penyalahgunaan kuasa. Tindakan tidak beretika, seperti menipu dan memanipulasi, juga boleh dikatakan suatu penyalahgunaan kuasa. 1.34 Penemubual mempunyai tanggungjawab etika untuk menggunapakai kaedah yang paling berkesan yang tersedia bagi melindungi hak dan maruah orang yang ditemubual serta integriti proses. Penemubual mempunyai tanggungjawab yang sepadan untuk menolak taktik paksaan, kerana ia memudaratkan orang yang ditemubual, menjejaskan objektif mengumpulkan maklumat yang tepat dan boleh menyebabkan perlanggaran hak asasi manusia. 132 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents