MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA b. Penggunaan senjata yang tidak membawa maut hendaklah selalu dinilai dan dikawal dengan berhati-hati. Senjata api tidak boleh digunakan, kecuali bila benar-benar perlu untuk tujuan yang sah dan hanya bila cara yang tidak terlalu ekstrem tidak mencukupi untuk mencapai matlamat. c. Penggunaan hukuman ke atas tubuh badan dan peralatan seperti rantai, rantai kaki, dan tali pinggang pegun elektrik sememangnya menyakitkan dan/atau menjatuhkan maruah serta sentiasa dilarang. d. Peralatan dan teknik kawalan hanya boleh digunakan sebagai jalan terakhir; hendaklah berdasarkan penilaian risiko individu; sekurang-kurangnya yang paling tidak intrusif bagi mencapai matlamat keselamatan yang sah; kegunaan mereka hendaklah dikawalselia undang-undang dan direkodkan – ia tidak boleh digunakan sebagai hukuman dan hendaklah ditanggalkan sebaik sahaja tidak lagi diperlukan. e. Penyusunan dan penjagaan sistematik daftar pegawai yang dikemaskini dan rekod semua orang yang dilucutkan kebebasannya. f. Penggunaan kurungan asing hendaklah dikawalselia oleh undang-undang dengan ketat. Ia hendaklah digunakan hanya dalam kes-kes luarbiasa sebagai jalan terakhir, untuk jangka masa yang paling singkat, dan hanya dengan kebenaran pihak berkuasa yang layak. Ia tidak boleh melebihi 15 hari berturut-turut dan dilarang dikenakan ke atas orang yang mengalami ketidakupayaan psikososial, kanak-kanak, dan wanita mengandung atau menyusukan anak. g. Sanksi disiplin hendaklah sejajar dengan maruah manusia, mematuhi undangundang dan berkadaran, dikeluarkan menurut keperluan prosedur, dan direkodkan sewajarnya. 1.22 Hak untuk kebebasan dan keselamatan peribadi memainkan peranan penting dalam melindungi integriti fizikal dan mental semua orang. Hak untuk kebebasan ialah tiada sesiapa yang boleh dikenakan tangkapan dan penahanan arbitrari. Amalan seperti kehilangan paksa, penahanan rahsia, dan penahanan incommunicado (tanpa kebenaran untuk berhubung dengan dunia luar) secara berpanjangan adalah arbitrari dan dilarang secara mutlak pada setiap masa di bawah undang-undang antarabangsa. 1.23 Orang yang ditemubual sebagai suspek atau tertuduh dalam prosiding jenayah selalu terhalang kebebasannya. Pihak berkuasa hendaklah memastikan orang sedemikian terus dilayan dengan perikemanusiaan dan menikmati layanan dan suasana tahanan seperti yang ditetapkan mengikut standard undang-undang antarabangsa, termasuk Peraturan Minimum Standard Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Layanan terhadap Tahanan (Peraturan Nelson Mandela). 1.24 Sebarang penahanan, tangkapan atau perlucutan kebebasan hendaklah dibuat mengikut undang-undang dan dilaksanakan mengikut asas dan prosedur yang dinyatakan dengan jelas dalam perundangan dan konsisten dengan undangundang antarabangsa, seperti menurut waran kehakiman atau penentuan ‘sebab kebarangkalian’ (probable cause). Mana-mana kejadian tangkapan dan perlucutan kebebasan hendaklah dilaksanakan bila perlu sahaja, berkadaran dan sebagai jalan terakhir. Sekadar menjalankan temubual atau melanjutkan penyiasatan tidak memadai untuk menjadikannya alasan sah bagi pihak polis atau pihak berkuasa kehakiman untuk melucutkan kebebasan seseorang. 130 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents