MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
1.5 Kaedah menyoal secara paksaan psikologi, contohnya memanipulasi persepsi orang
yang ditemubual mengenai kesalahan (misalnya dengan mengemukakan bukti
palsu), atau persepsi mereka terhadap akibat yang berkaitan dengan pengakuan
(misalnya meremehkan atau membesar-besarkan akibat yang berkaitan dengan
sabitan jenayah yang didakwa, membayangkan hukumannya akan diringankan, atau
memberikan justifikasi moral), telah terbukti menghasilkan maklumat yang salah dan
meningkatkan kadar pengakuan palsu. Ancaman atau membayangkan kemudaratan
fizikal terhadap orang yang ditemubual boleh meningkatkan rasa tekanan, yang
mengganggu pengembalian semula memori dan juga mengurangkan daya ingatan
terhadap maklumat yang tepat atau boleh dipercayai.
1.6 Soalan yang memimpin atau menyaran jawapan (Suggestive and leading question)
kepada suspek terbukti mencemarkan memori orang yang ditemubual dan menjejaskan
keterangan yang diberikan. Dari segi kes suspek, kaedah menyaran dan manipulasi
sedemikian mengurangkan kebolehpercayaan maklumat serta meningkatkan
kemungkinan pengakuan palsu dan sabitan salah.
1.7 Apabila penemubual mengambil pendekatan untuk mendapatkan pengakuan,
mereka lebih cenderung dipengaruhi oleh ‘kecenderungan pengesahan’ dan cuba
untuk menafsirkan maklumat untuk mengesahkan kepercayaan mereka tentang
kesalahan orang yang ditemubual. Pendekatan ini boleh merosakkan tafsiran
penemubual tentang keterangan fizikal atau analisis terhadap data lain. Secara
amalannya, ini bermaksud mereka lebih cenderung menggunakan soalan memimpin
atau menyaran semasa temubual, begitu juga teknik paksaan, manipulatif, dan penuh
tekanan, untuk mengesahkan hipotesis atau kepercayaan mereka yang sudah wujud
terlebih dahulu mengenai penglibatan atau kebersalahan orang yang ditemubual.
Ramalan kebersalahan yang pra-matang terbukti menyebabkan sabitan salah,
keputusan yang khilaf dan orang yang benar-benar bersalah pula terlepas daripada
hukuman.
1.8 Sebilangan individu adalah rentan kepada soalan menyaran. Ciri-ciri peribadi orang
yang ditemubual seperti usia, ketidakupayaan intelektual atau psikososial boleh
meningkatkan risiko maklumat yang tidak boleh dipercayai atau pengakuan palsu
dengan membuatkan mereka lebih mudah terpengaruh dan terkesan dengan
tekanan, helah, dan penipuan yang mengandungi pertanyaan. Analisis kes-kes
pengakuan palsu telah berulang kali menunjukkan bahawa juvenil dan orang yang
mengalami kurangupaya intelektual atau psikososial yang ditemubual antara yang
membuat pengakuan palsu.
1.9 Sering kali terdapat dakwaan yang tidak benar bahawa ianya boleh untuk mengesan
pembohongan dengan tepat berdasarkan tingkah laku bukan lisan. Ada yang
mendakwa bahawa latihan membolehkan penemubual membezakan sama ada
orang yang ditemubual jujur atau tidak berdasarkan tindak balas emosi, bahasa tubuh
atau tindak balas fisiologi seseorang yang ditemubual. Indikator penipuan ini tidak
boleh dipercayai. Di samping itu, banyak kajian saintifik telah menyimpulkan bahawa
teknologi ‘pengesanan pembohongan’ tidak mengesan pembohongan dengan
tepat, dan jika digunakan, boleh menyebabkan penghakiman salah dan juga salah
laksana keadilan.
127
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents