MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Ulasan:
(a) Larangan ini diambil daripada Perisytiharan Perlindungan Semua Orang daripada
Menjadi Mangsa Penyeksaan atau Layanan dan Hukuman lain yang Zalim, Tidak
Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah, yang diterima pakai oleh Perhimpunan
Agung, yang mana:
“[Perbuatan sedemikian] adalah satu kesalahan kepada maruah manusia
dan wajar dikutuk sebagai penafian matlamat Piagam Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu dan pelanggaran hak asasi manusia dan kebebasan asasi yang
diisytiharkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat [dan instrumen hak
asasi manusia antarabangsa yang lain].”
(b) Perisytiharan tersebut mendefinisikan penyeksaan seperti berikut:
“.. penyeksaan bermaksud apa-apa perbuatan yang menyebabkan kesakitan
atau penderitaan yang teruk, sama ada fizikal atau mental, dengan sengaja
dikenakan atau atas hasutan pegawai awam terhadap seseorang untuk
tujuan mendapatkan maklumat atau pengakuan daripada dia atau orang
ketiga, menghukumnya atas perbuatan yang dilakukannya atau disyaki telah
melakukan, atau menimbulkan ketakutan kepada dia atau orang lain. Ia tidak
termasuk kesakitan atau penderitaan yang timbul dari, yang wujud dalam atau
secara kebetulan berkait dengan, tindakan yang sah setakat ia selaras dengan
Peraturan Piawaian Minima untuk Layanan Terhadap Tahanan.”
(c) Istilah “layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan
maruah” tidak diberikan definisi oleh Perhimpunan Agung tetapi hendaklah ditafsirkan
supaya dapat memberikan perlindungan seluas-luasnya daripada penderaan, sama
ada fizikal atau mental.
Perkara 6
Pegawai penguatkuasa undang-undang hendaklah memastikan perlindungan penuh ke
atas kesihatan orang yang berada dalam jagaan mereka, secara khususnya, hendaklah
mengambil tindakan segera untuk memberikan rawatan perubatan bila diperlukan.
Ulasan:
(a) “Rawatan perubatan”, yang merujuk kepada perkhidmatan yang diberikan oleh manamana kakitangan perubatan, termasuk pengamal perubatan dan paramedik yang
diperakui, hendaklah disediakan apabila diperlukan atau diminta.
(b) Sementara pegawai perubatan mungkin ditempatkan dalam agensi penguatkuasaan
undang-undang, pegawai penguatkuasa undang-undang mesti mengambil kira
pertimbangan pegawai tersebut apabila mereka mengesyorkan memberikan rawatan
yang sesuai kepada orang yang berada dalam tahanan melalui, atau berunding
dengan, pegawai perubatan dari luar agensi penguatkuasaan undang-undang.
(c) Pegawai penguatkuasa undang-undang juga harus mendapatkan rawatan perubatan
bagi mangsa pelanggaran undang-undang atau kemalangan yang berlaku semasa
pelanggaran undang-undang.
115
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents