MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
PERISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT
MUKADIMAH
Bahawasanya pengiktirafan ke atas kemuliaan yang sedia wujud serta hak-hak yang
saksama dan tak terpisah bagi seluruh umat manusia adalah asas kebebasan, keadilan
dan kedamaian dunia,
Bahawasanya pengabaian serta penghinaan terhadap hak asasi manusia telah pun
mengakibatkan tindakan-tindakan kejam yang telah mencabul hati nurani umat manusia,
dan kemunculan sebuah dunia di mana manusia akan menikmati kebebasan bersuara
dan menganut kepercayaan serta kebebasan dari perasaan takut dan keperluan hidup
telah pun diisytiharkan sebagai inspirasi teragung bagi seluruh umat manusia,
Bahawasanya adalah penting, jika manusia tidak mahu diletakkan dalam keadaan terdesak
untuk bertindak, sebagai langkah terakhir, untuk memberontak menentang kezaliman serta
penindasan, maka hak asasi manusia harus dipertahankan oleh undang-undang,
Bahawasanya adalah penting untuk menggalakkan perkembangan hubungan baik di
antara negara-negara,
Bahawasanya rakyat Negara-Negara Anggota Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam Piagamnya
menegaskan semula kepercayaan mereka terhadap hak asasi manusia, terhadap
kemuliaan serta nilai diri manusia dan terhadap hak-hak saksama lelaki dan wanita dan
telah beriltizam untuk memajukan perkembangan sosial dan taraf hidup yang lebih
sempurna dalam suasana kebebasan yang lebih luas,
Bahawasanya Negara-Negara Anggota telah berikrar untuk bersama-sama mencapai,
dengan kerjasama Bangsa-Bangsa Bersatu, penyebaran rasa hormat yang sejagat
terhadap serta pematuhan kepada, hak asasi manusia dan kebebasan asas.
Bahawasanya satu kefahaman terhadap hak-hak serta kebebasan-kebebasan ini adalah
amat penting sekali demi pencapaian sepenuhnya ikrar ini,
MAKA DENGAN INI
Perhimpunan Agung mengisytiharkan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat ini sebagai
suatu ukuran bersama terhadap pencapaian oleh seluruh umat manusia dan kesemua
negara, dengan tujuan supaya setiap individu dan setiap badan masyarakat, dengan
senantiasa menyedari Perisytiharan ini akan berazam melalui pengajaran dan pendidikan
bagi menggalakkan rasa hormat terhadap hak-hak dan kebebasan ini dan melalui
langkah-langkah secara berperingkat, di tahap negara dan antarabangsa bagi menjamin
pengiktirafan dan pematuhan hak-hak dan kebebasan-kebebasan ini yang sejagat serta
berkesan, baik di kalangan sesama rakyat Negara-Negara Anggota dan juga di kalangan
rakyat wilayah-wilayah di bawah bidang kuasa mereka.
Artikel 1
Semua manusia dilahirkan bebas dan saksama dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka
dianugerahkan dengan fikiran serta hati nurani dan akan bertindak terhadap satu sama
lain dengan semangat persaudaraan.
106
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents