MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
khidmat itu dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan suatu pihak berkuasa
awam.
4. Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kesemua atau mana-mana
bahagian daripada fungsi mana-mana pihak berkuasa awam dikehendaki dijalankan
oleh suatu pihak berkuasa awam yang lain, bagi maksud membolehkan fungsi-fungsi
itu dilaksanakan, maka pekerja-pekerja pihak berkuasa awam yang mula mula disebut
adalah terikat untuk berkhidmat dengan pihak berkuasa awam yang kedua disebut, dan
perkhidmatan mereka dengan pihak berkuasa awam yang kedua disebut itu tidaklah
dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian Perkara ini, dan tiada seorang pun
pekerja itu berhak menuntut apa-apa hak sama ada daripada pihak berkuasa awam
yang mula-mula disebut atau kedua disebut itu oleh sebab pertukaran pekerjaannya.
Perkara 7: Perlindungan daripada Undang-Undang Jenayah Kuatkuasa ke belakang dan
Perbicaraan Berulang
1. Tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau peninggalan yang
tidak boleh dihukum menurut undang-undang pada masa perbuatan atau peninggalan
itu dilakukan atau dibuat, dan tiada seorang pun boleh menanggung hukuman yang
lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undangundang pada masa kesalahan itu dilakukan.
2. Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas
sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama
kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula
diperintahkan oleh suatu mahkamah yang lebih atas daripada mahkamah yang telah
membebaskan atau mensabitkannya itu.
Perkara 8: Kesamarataan
1. Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
2. Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak
boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras,
keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam
pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa
awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan
dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan
penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya
atau pekerjaan.
3. Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan
bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.
4. Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan
bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian
Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.
5. Perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang:
(a) apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang diri;
(b) apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau pekerjaan
yang berkaitan dengan hal ehwal mana-mana agama, atau sesuatu institusi yang
diuruskan oleh sekumpulan orang yang menganuti mana-mana agama, kepada
orang yang menganuti agama itu;
(c) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli
101
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents