MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Nota Rujukan Tenaga Pengajar
1. Hak Asasi Manusia: Satu Pengenalan
• Hak asasi manusia dimiliki oleh setiap manusia, tanpa mengira latar belakang,
agama, kewarganegaraan, bahasa dan gender. Setiap individu mempunyai
hak asasi manusia yang sama tanpa diskriminasi. Hak asasi manusia adalah saling
berkaitan, saling bergantung dan tidak boleh dibahagikan.
Hak asasi manusia menekankan hubungan antara individu sebagai pemegang hak
(rights holder) dan negara sebagai pemikul tanggungjawab (duty bearer). Hak asasi
manusia secara moralnya perlu dihormati, dipenuhi dan dilindungi sungguhpun
sesebuah negara tidak menguatkuasa undang-undang hak asasi manusia.
2. Kepentingan Hak Asasi Manusia
• Hak asasi manusia penting untuk memastikan bahawa setiap individu, terutamanya
golongan rentan (vulnerable group), menikmati hak asasi dan keperluan mereka
tanpa diskriminasi. Ia dapat memastikan setiap individu dapat hidup secara
bermaruah dan berupaya membangunkan potensi diri sepenuhnya.
• Hak asasi manusia memberi hak dan tanggungjawab kepada individu dan
negara. Kepentingan hak asasi manusia bagi individu adalah seperti berikut:
a) membantu mewujudkan keadaan agar keperluan asas mereka dapat
diperolehi;
b) menjamin nilai teras manusia seperti kehidupan, fizikal dan psikologi yang
sejahtera, kebebasan, keselamatan diri, maruah dan kesaksamaan,
perlindungan daripada sebarang penganiayaan oleh negara dan individu
lain;
c) melindungi dari sebarang diskriminasi dan peminggiran dari segi akses kepada
perkhidmatan sosial seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan yang
saksama;
2