MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Aktiviti 1: Faktor yang membawa penyeksaan dan langkah pencegahan Tujuan: Aktiviti ini bertujuan memberi peluang kepada peserta membincangkan secara kritikal faktor berlakunya penyeksaan dalam siasatan dan langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengatasinya. Bahan: Kertas mahjong, pen marker dan soalan perbincangan Tempoh masa: 30 Minit Kaedah pelaksanaan 1. Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 5 hingga 8 orang. 2. Setiap kumpulan disediakan kertas mahjong dan pen marker. Lantik seorang jurutulis dan seorang pembentang untuk setiap kumpulan. 3. Setiap kumpulan diberikan senarai pernyataan serta soalan perbincangan seperti di bawah untuk perbincangan. Masa yang mencukupi diberikan untuk setiap kumpulan berbincang. Setiap pandangan yang dikemukakan perlu kepada fakta dan alasan yang munasabah. 4. Setelah perbincangan selesai, jurutulis akan menulis hasil perbincangan di atas kertas mahjong dan pembentang akan membentangkan hasil perbincangan tersebut. 5. Kumpulan lain digalakkan memberikan maklum balas atau soalan terhadap pandangan yang dibentangkan selaras dengan hak kebebasan bersuara. 6. Tenaga pengajar memberikan pandangan sekiranya terdapat pandangan yang tidak selari dengan konsep dan prinsip-prinsip hak asasi manusia. Senarai pernyataan dan soalan perbincangan Kemarahan orang awam terhadap pasukan polis di Jerman meningkat selepas beberapa insiden penyeksaan yang dilakukan oleh pegawai polis. Satu kajian18 telah dijalankan dan mengenalpasti faktor yang menyumbang kepada salah laku polis. Berikut merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kekasaran polis: i. Pengasingan pasukan polis dari organisasi lain dan masyarakat; ii. Terdapat unit rahsia di dalam pasukan polis; iii. Dominasi lelaki, selalunya dari latar belakang sosio ekonomi yang rendah; iv. Persekitaran kerja yang tidak fleksibel dan kehidupan sosial pegawai polis yang bermasalah; v. Mereka yang melakukan salah laku terlepas daripada hukuman; vi. Steriotaip terhadap kumpulan tertentu oleh pegawai polis; vii. Tindakan sebahagian orang dari kumpulan berkenaan yang menyokong steriotaip tersebut; Behr, R. (2006), Polizeikultur. Routinen – Rituale – Reflexionen. Bausteine zu einer Theorie der Praxis der Polizei, Wiesbaden, VS Verlag für Sozialwissenschaften. 18 95 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents