• Negara dikehendaki untuk menyemak semula
peraturan, arahan, metodologi, amalan dan prosedur
soal siasat serta penahanan secara sistematik untuk
mencegah berlakunya sebarang kes penyeksaan.
91
• Negara dikehendaki menguatkuasakan hak mangsa
kepada ganti rugi yang adil dan memadai, merangkumi
kos semaksimum mungkin untuk pemulihan. Dalam kes
kematian, tanggungan mangsa juga berhak kepada
ganti rugi.
Artikel 14 – Hak mangsa
kepada penyelesaian dan
pemulihan
Artikel 15 – Bukti hasil • Negara ahli hendaklah memastikan keterangan yang
penyeksaan
tidak
boleh
diperolehi melalui penyeksaan dikecualikan (tidak
diterima
diterima) sebagai bukti di mana-mana prosiding,
kecuali sebagai bukti penyeksaan di dalam prosiding
terhadap orang yang dituduh melakukan penyeksaan
tersebut.
• Mangsa penyeksaan mempunyai hak untuk membuat
aduan, untuk kes mereka diteliti dengan segera dan
secara bebas, dan untuk dilindungi daripada sebarang
layanan buruk dan ugutan disebabkan aduan atau
bukti yang dikemukakan oleh mereka.
Artikel 13 – Prosedur aduan
Artikel 12 – Siasatan yang • Negara dikehendaki menjalankan siasatan segera
segera dan bebas
dan bebas apabila terdapat “asas yang munasabah”
untuk mempercayai bahawa perlakuan penyeksaan
telah dilakukan di bawah bidangkuasa mereka.
Artikel 11 – Semakan semula
prosuder penahanan
Artikel 10 – Pendidikan dan • Negara-negara diminta memberikan pendidikan
latihan
dan latihan mengenai larangan penyeksaan kepada
semua anggota penguatkuasa undang-undang (sivil
atau ketenteraan), pegawai perubatan, pegawai
awam dan orang lain yang terlibat dalam penahanan,
penyiasatan atau layanan ke atas orang yang
ditangkap atau ditahan, atau orang yang dilucutkan
kebebasan mereka (Perkara 10.1).
• Larangan penyeksaan tersebut hendaklah dimasukkan
dalam peraturan atau arahan mengenai tugas atau
fungsi anggota/pegawai (Artikel 10.2).
• Malaysia tidak pernah menafikan hak
menuntut ganti rugi oleh mana – mana
pihak melalui tindakan sivil dan perintah
pembayaran kos pendakwaan dan
pampasan di bawah Seksyen 426 (1) (a)
Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).
MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA