MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA MODUL 1: PENGENALAN KEPADA KONSEP HAK ASASI MANUSIA KANDUNGAN Nota Rujukan Tenaga Pengajar 1. Hak Asasi Manusia: Satu Pengenalan. 2. Kepentingan Hak Asasi Manusia. 3. Sejarah Perkembangan Hak Asasi Manusia 4. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) 5. Prinsip Asas Hak Asasi Manusia 6. Kategori Hak Asasi Manusia 7. Triti Hak Asasi Manusia Antarabangsa Utama 8. Pemantauan Hak Asasi Manusia 9. Hubungan antara Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 10. Prinsip Paris 11. SUHAKAM: Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan Aktiviti 1: Keperluan dan Kehendak Aktiviti 2: Saya Faham Konsep Asas Hak Asasi Manusia Aktiviti 3: Hak Mutlak dan Hak Terbatas PENDAHULUAN: Modul ini memperkenalkan definisi, kepentingan dan prinsip utama hak asasi manusia serta sejarah perkembangan hak asasi manusia sehingga terhasilnya UDHR oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia juga menjelaskan tanggungjawab Negara Anggota PBB untuk menghormati, melindungi dan merealisasikan hak asasi manusia serta instrumen hak asasi manusia antarabangsa. Selaras dengan kewujudan instrumen hak asasi manusia antarabangsa, pelbagai institusi serta mekanisme pemantauan terhadap promosi dan perlindungan hak asasi manusia diperkenalkan. Peserta akan didedahkan kepada hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Melalui aktiviti dalam modul ini, peserta akan lebih memahami bahawa hak asasi manusia untuk setiap individu adalah keperluan untuk hidup secara bermaruah dan membangunkan keupayaan diri sepenuhnya. Aktiviti dalam modul ini turut menggalakkan perkongsian pandangan antara peserta dan tenaga pengajar berkenaan pemahaman mereka terhadap hak asasi manusia. OBJEKTIF MODUL i. Peserta dapat mengetahui latar belakang dan konsep hak asasi manusia serta kewujudan Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (SUHAKAM). ii. Peserta dapat menjelaskan kepentingan, prinsip asas hak asasi manusia dan kategorinya. iii. Peserta dapat menghargai kepentingan hak asasi manusia dan memainkan peranan melindungi, menghormati dan memenuhi hak asasi manusia 1 

Select target paragraph3