Jaminan bahawa syor-syor berkenaan akan dilaksanakan setelah kajian konsep
tanah adat selesai bagi saya tidak begitu meyakinkan. Mengapakah wujudnya
ketidakpastian untuk meningkatkan kualiti hidup kaum peribumi?
Hak berpolitik, ekonomi dan sosial jelas dinyatakan dalam Perisytiharan Hak Asasi
Manusia Sejagat (UDHR). Sebagai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, SUHAKAM
tegas bersuara mengecam alasan pihak berkuasa dalam mengiktiraf dan
melaksanakan sepenuhnya promosi dan perlindungan kebebasan berpolitik.
Pada masa akan datang sehingga Pilihan Raya Umum ke-14, isu kedaulatan
undang-undang, tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan demokrasi pasti akan
menjadi tumpuan perbincangan. Pada tahun ini, SUHAKAM dan Yayasan Kofi
Annan telah mengadakan satu persidangan serantau “Demokrasi di Asia
Tenggara” dengan membawa beberapa mantan pemimpin dari seluruh dunia
untuk membincangkan pembaharuan integriti pilihan raya dan keadaan
demokrasi di rantau ini. SUHAKAM menyedari bahawa terdapat banyak cabaran
yang dihadapi ke arah kebebasan institusi pemerintahan. Pendakwaan jenayah
terhadap aktivis, ahli politik dan juga wartawan yang mengkritik Kerajaan
semakin membimbangkan dan ini mewujudkan persepsi orang ramai dan
antarabangsa sebagai gangguan dan pendakwaan bermotifkan politik.
SUHAKAM memberikan perhatian yang sama rata dan tidak berbelah bahagi
terhadap semua dakwaan pelanggaran hak asasi manusia. Secara khususnya,
SUHAKAM amat bimbang apabila kanak-kanak tanpa warganegara dan
bukan warganegara tidak dibenarkan menerima pendidikan di sekolah awam
atas alasan perundangan. Kami berpandangan bahawa penafian hak dalam
pendidikan mungkin merupakan satu daripada bentuk diskriminasi yang paling
buruk kerana hal ini menghalang hak kanak-kanak untuk mendapat akses
kepada pendidikan berkualiti yang sama dengan kanak-kanak lain dalam
mengembangkan potensi mereka sepenuhnya. Turut menjadi kebimbangan
ialah perkahwinan kanak-kanak yang kekal diakui sah di sisi undang-undang
walaupun hubungan seks dengan mana-mana wanita di bawah usia 16 tahun
dan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak merupakan satu jenayah yang
boleh didakwa. Kelemahan perundangan sebegini membolehkan perkahwinan
dipergunakan bagi membebaskan diri daripada liabiliti jenayah, dakwaan
rogol dan menyelesaikan isu-isu seks sebelum berumah tangga atau stigma
L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017
ix
ULASAN PENGERUSI
Asli/Asal yang telah diputuskan pada tahun 2012 masih tiada perkembangan.