SUHAKAM mengambil maklum kewujudan beberapa jawatankuasa
pemandu yang ditempatkan di bawah beberapa agensi kerajaan bagi
membincangkan kebarangkalian untuk menyertai baki enam triti hak
asasi manusia utama. Berdasarkan beberapa siri mesyuarat dengan
beberapa agensi kerajaan yang diadakan sepanjang tahun 2017,
SUHAKAM dimaklumkan bahawa kerajaan mempunyai dasar untuk tidak
meratifikasi mana-mana triti antarabangsa melainkan jika triti itu mematuhi
undang-undang negara. SUHAKAM mengambil maklum melalui maklum
balas kerajaan berkenaan isu penyertaan kepada triti antarabangsa,
kerajaan sentiasa berpandangan bahawa keselarasan antara undangundang negara dan triti antarabangsa perlu wujud terlebih dahulu
sebelum ratifikasi. SUHAKAM percaya bahawa pandangan ini tidak wajar
kerana tidak dinafikan kerajaan telah menjalankan dan melaksanakan
banyak perubahan dan inisiatif positif berkaitan dengan isu-isu yang
melibatkan elemen-elemen yang terkandung dan dijelaskan dalam trititriti antarabangsa seperti ‘pencapaian secara progresif’ terhadap banyak
hak rakyatnya.6
SUHAKAM ingin menekankan bahawa penggunaan dasar sedemikian
adalah tidak berasas kerana proses dan tempoh pelaksanaan perlu
secara berterusan, malah sentiasa wujud undang-undang atau dasar yang
berkemungkinan bertentangan dengan triti-triti ini. Kerajaan seharusnya
melihat ratifikasi kepada tirti-triti ini sebagai satu tindakan positif untuk
menggalakkan kerajaan memenuhi kewajipan dan kepatuhannya
terhadap semangat dan niat di sebalik triti-triti ini.
13.
6
RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG
KUASA JENAYAH) 2016 (RUU 355)
Pada tahun 2016, Ahli Parlimen Marang, YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
telah berjaya mencadangkan satu usul untuk meminda Akta Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta Ibu) di Dewan Rakyat. Tujuan
utama pindaan ini adalah untuk memperkasakan bidang kuasa jenayah
Artikel 2 Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan.
Artikel 4 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak.
Artikel 4(2) Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya.
36
L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017