PENYAHJENAYAHAN TERHADAP PENGGUNAAN DADAH
Pada tahun 2017, SUHAKAM dan beberapa pihak berkepentingan yang
relevan telah diundang oleh PEMANDU Associates untuk berkongsi input
dalam Makmal Transformasi Dadah yang bertujuan menggalakkan
Pengguna Dadah (PD) untuk mendapatkan rawatan secara sukarela.
Hak asasi menyediakan panduan tentang keseimbangan antara
perlindungan kebebasan asas dan perlindungan kesihatan awam, moral
dan keselamatan. Kerajaan mempunyai kewajipan untuk menggubal
undang-undang dan sistem jenayah bagi mencegah dan bertindak balas
kepada serangan terhadap individu, tetapi, undang-undang jenayah tidak
boleh menafikan hak-hak individu yang antara lainnya termasuklah hak
kepada taraf kesihatan yang tinggi. Dengan menghantar pengguna dadah
ke penjara, mereka boleh menjadi subjek kepada layanan yang boleh
menjatuhkan maruah. SUHAKAM memuji idea rawatan kepada PD dan
diharapkan bahawa melalui kerjasama ini, kerajaan akan menganggap
pengguna dadah sebagai pesakit dan bukannya penjenayah.
12.
PEMANTAUAN KEPADA RATIFIKASI KERAJAAN TERHADAP TRITI HAK ASASI
MANUSIA ANTARABANGSA
Malaysia hanya meratifikasi tiga daripada sembilan triti, iaitu Konvensyen
Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita
(CEDAW), Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Konvensyen
Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD). Sudah lima tahun berlalu
selepas Malaysia meratifikasi kedua-dua Protokol Pilihan kepada
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak. SUHAKAM sangat bimbang
kerana Malaysia merupakan negara yang paling kurang meratifikasi trititriti berbanding negara-negara ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC)yang lain.
L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017
35
1
11.
B A B
SUHAKAM menyeru agar kerajaan bertindak tegas terhadap isu ini dan
mengiktiraf kepentingan kedua-dua ibu bapa untuk mempunyai hak
ibu bapa serta kuasa yang sama berkaitan agama, penjagaan anak
dan perkembangan anak-anak mereka, dengan mengambil kira prinsip
kepentingan terbaik kanak-kanak. SUHAKAM percaya bahawa remedi
terletak pada pindaan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.