iii.
iv.
v.
Sekiranya kerajaan mengekalkan sistem pentadbiran yang bersifat
rahsia, wujud risiko di mana kuasa yang luas yang diberikan kepada
eksekutif mungkin akan digunakan untuk kepentingan peribadi atau
untuk motif rasuah. Pada masa ini, masyarakat di seluruh dunia telah
berhijrah daripada sistem pentadbiran yang bersifat rahsia kepada
sistem yang lebih terbuka dan telus;
Keterbukaan dan ketelusan dalam kerajaan akan bertindak sebagai
kaedah semakan yang efektif terhadap penyalahgunaan kuasa yang
dilakukan oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, hak kepada
maklumat ini perlu diseimbangkan dengan beberapa pertimbangan
seperti keselamatan, ketenteraman awam, kesopanan dan privasi;
dan
Hak kepada maklumat bukan sahaja untuk rakyat tetapi juga
akan memberikan impak positif kepada kerajaan. Dengan adanya
undang-undang hak kepada maklumat, akan menjadikan aspek
pengurusan ekonomi dan kerajaan menjadi lebih baik serta sekali
gus membentuk kepercayaan antara kerajaan dan rakyat.
SUHAKAM mendapati bahawa perkongsian pandangan, pendapat dan
pengetahuan antara para peserta dan penceramah diterima baik dan
para peserta juga memahami kepentingan akses kepada maklumat.
Walaupun mengakui kepentingan hak ini, para peserta turut bersetuju
bahawa terdapat beberapa had yang perlu diletakkan sebagai “semak
dan imbang” antara hak dan keselamatan negara.
SUHAKAM akan sentiasa mengesyorkan kepada kerajaan untuk melibatkan
diri dengan semua pihak berkepentingan dan agensi-agensi berkaitan
bagi mendapatkan input dan maklumbalas mereka berkenaan dengan
apa-apa isu berbangkit yang berhubung dengan kebebasan kepada
maklumat di Malaysia dan akan meneruskan usahanya bagi menyakinkan
kerajaan untuk menggubal Undang-undang Hak kepada Maklumat yang
selari dengan norma-norma dan ciri-ciri antarabangsa serta bersesuaian
dengan landskap sosiopolitik di Malaysia.
9.
32
“WATCHING BRIEF” DI MAHKAMAH SYARIAH
SUHAKAM mendapati bahawa mahkamah-mahkamah sivil bersifat
lebih menerima konsep hak asasi dan sejak tahun 2011, SUHAKAM telah
L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017