mengundang lima orang penceramah untuk memberikan maklumat dan berkongsi pengalaman serta pandangan mereka berkenaan isu-isu yang berkaitan akses kepada maklumat. Para penceramah terdiri daripada Encik Michael P. Canares, pakar antarabangsa; Puan Cynthia Gabriel daripada C4; Encik Mansoor Saat daripada Majlis Peguam Malaysia; Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh daripada SUHAKAM; dan Puan Sophia Hashim daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Objektif PMB adalah seperti yang berikut: i. Mengenal pasti kerelevanan dan kepentingan perundangan melibatkan kebebasan maklumat di Malaysia; ii. Mengenal pasti cabaran untuk menggubal perundangan melibatkan kebebasan maklumat di Malaysia; iii. Menilai undang-undang yang menghalang hak kepada kebebasan maklumat; dan iv. Menggariskan satu rangka kerja strategik ke arah penggubalan perundangan melibatkan kebebasan kepada maklumat. Berikut disenaraikan beberapa isu yang dibangkitkan sepanjang perbincangan tersebut; i. Akses kepada maklumat boleh membawa kepada pembentukan kerajaan yang lebih telus dan bertanggungjawab; ii. Dalam mempertimbangkan mempunyai Undang-undang Hak kepada Maklumat, beberapa perkara penting dan perlindungan perlu diambil kira. Dengan ini, dicadangkan supaya kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan dan mengkaji semula undangundang dan dasar yang berkaitan; L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017 31 1 Selaras dengan perkara ini, SUHAKAM bersama-sama dengan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) telah menjalankan satu aktiviti berkenaan akses kepada maklumat di Malaysia. Satu perbincangan meja bulat (PMB) dengan pihak berkepentingan yang melibatkan kumpulan masyarakat sivil dan wakil-wakil agensi kerajaan serta media telah diadakan pada 4 Ogos 2017 bagi mendapatkan input, pandangan dan syor-syor daripada para peserta berhubung perkara ini. SUHAKAM telah B A B dijadikan sebagai alasan untuk menghalang perkongsian maklumat dan ketidaktelusan kerajaan.

Select target paragraph3