iii.
Peralihan
Harus diambil maklum bahawa konsep “peralihan” yang diperkenalkan
oleh cadangan Rang Undang-undang ini adalah berbeza dengan
pengertian restrospektif. Oleh yang demikian, mana-mana orang yang
perbicaraannya telah selesai dan telah dijatuhkan hukuman adalah
tidak layak kepada perbicaraan semula serta untuk mengguna
pakai akta yang dipinda. SUHAKAM berpendapat bahawa sebarang
pindaan hendaklah mencerminkan semangat pindaan yang dibuat,
yang mana dalam hal ini adalah untuk mengecualikan kategorikategori pesalah tertentu. Oleh itu, kemasukan klausa retrospektif
akan memberikan makna kepada niat dan semangat kepada
pindaan itu.
Dalam masa yang sama, SUHAKAM menggesa supaya satu moratorium
kepada penggunaan hukuman mati dilaksanakan. SUHAKAM juga
berharap agar kerajaan akan secara progresif mengkaji semula
kerelevanan dan keberkesanan hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan
lain.
Dalam perkembangan lain, SUHAKAM telah menyatakan keinginannya
untuk mengambil bahagian dalam Projek Pemansuhan Hukuman Mati
(ADPP) oleh Forum Asia Pasifik (APF) yang telah sempurna dihantar pada
bulan Mei 2017. SUHAKAM telah dipilih dan telah menerima dana daripada
pihak APF untuk menganjurkan aktiviti berkaitan. Sebagai sebahagian
daripada projek tersebut, satu Kertas Cadangan akan diserahkan ke
Parlimen, yang mana merangkumi hasil dapatan daripada aktiviti dan
cadangan yang berkaitan dengan isu hukuman mati. Ketika laporan ini
ditulis, SUHAKAM telah melaksanakan beberapa pertemuan kerja dengan
pihak berkepentingan yang relevan dan mengadakan bengkel bersamasama dengan pelajar di Universiti Selangor dan Universiti Pendidikan Sultan
Idris. Projek ini dijadualkan selesai pada penghujung bulan Mei 2018.
8.
30
AKSES KEPADA MAKLUMAT DI MALAYSIA
Dalam membentuk sebuah masyarakat yang telus dan terbuka, adalah
amat penting supaya maklumat dapat diakses secara bebas. Ketika
kerajaan mempunyai keperluan untuk melindungi maklumat tertentu
yang berkaitan dengan keselamatan negara, perkara itu tidak harus
L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017