Sebatan Mandatori Walaupun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada seseorang pesalah, namun, pesalah itu juga akan dihukum dengan hukuman sebat. Perkataan “hendaklah” dalam cadangan Seksyen 39B jelas menggambarkan bahawa perkataan itu adalah mandatori bagi hukuman sebat untuk diaplikasikan ke dalam kes-kes sebegini. Oleh itu, perkataan ini tidak memberi budi bicara kepada hakim untuk mempertimbangkan keseluruhan situasi kes di hadapannya. Pemilihan perkataan yang digunakan menunjukkan bahawa kerajaan masih mengekalkan pendiriannya berhubung penggunaan hukuman rotan sebagai satu bentuk hukuman pencegahan. SUHAKAM amat tegas mengatakan bahawa hukuman rotan adalah tidak harus menjadi sebahagian daripada sistem perundangan kerana hukuman ini bertentangan dengan prinsip dan semangat Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (CAT) serta triti dan deklarasi hak asasi yang lain. ii. Hukuman Penjara Seumur Hidup Terdapat kebimbangan bahawa pindaan yang dicadangkan tidak mengambilkira pelbagai keadaan dan alasan terhadap pelakuan kesalahan tersebut. “Penjara seumur hidup” sebagaimana yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang ini menunjukkan bahawa adalah mandatori bagi para hakim untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada pesalah sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat yang diperlukan. Konsep berkadaran hendaklah digunakan dalam menentukan hukuman sebenar dan para hakim hendaklah kemudiannya diberikan budi bicara bagi menentukan tempoh pemenjaraan atau bentuk hukuman yang lain. L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017 29 1 i. B A B undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 yang dicadangkan telah dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan di Dewan Rakyat pada bulan November 2017 dan pada bulan Disember 2017, ia diluluskan di Dewan Negara. SUHAKAM menyambut baik pemansuhan hukuman mati mandatori yang terkandung dalam Seksyen 39B Akta Ibu dan pengenalan semula kuasa budi bicara mahkamah, setelah mencapai syarat-syarat yang ditetapkan. Namun, terdapat beberapa kebimbangan yang perlu SUHAKAM tekankan kepada Parlimen, antaranya termasuklah:

Select target paragraph3