ini tidak dimasukkan ke dalam pusat tahanan imigresen. Selain itu,
usaha kerajaan bekerjasama dengan UNHCR bagi memastikan kad
UNHCR mempunyai langkah-langkah keselamatan yang lebih baik
bagi mengelakkan pemalsuan merupakan satu langkah tepat dalam
melindungi status kumpulan rentan ini. Walau bagaimanapun, SUHAKAM
ingin menekankan bahawa usaha kerajaan untuk memastikan kumpulan
rentan ini diberikan hak asas mereka bagi mendapatkan pekerjaan,
pendidikan, kesihatan dan perumahan masih belum mencukupi. SUHAKAM
seterusnya mencadangkan supaya kerajaan mengambil pendekatan
yang lebih holistik bagi memastikan kumpulan rentan ini diberikan semua
hak asas tersebut.
7.
ANTI HUKUMAN MATI
Di Malaysia, hukuman mati masih dilaksanakan dalam sistem keadilan
jenayah. Undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya 1952, Kanun
Keseksaan, Akta Senjata Api 1971, Akta Penculikan 1961, Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006 dan Akta Perdagangan Strategik 2010 menetapkan
pelaksanaan hukuman mati bagi pelbagai jenis kesalahan, sama ada
hukuman mati mandatori atau menurut budi bicara hakim. Walau
bagaimanapun, pada tahun 2012, terdapat satu gerakan daripada
kerajaan untuk meneroka kemungkinan untuk pemansuhan hukuman mati
bagi kesalahan pengedaran dadah dan SUHAKAM amat menyambut baik
pengumuman yang dibuat oleh mantan de facto Menteri Undang-undang,
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkenaan perkara itu. Seiring
dengan pengumuman tersebut, SUHAKAM mengambil maklum bahawa
kerajaan telah mula menjalankan penyelidikan menyeluruh tentang isuisu hukuman mati di Malaysia dan seterusnya mencadangkan pindaan
kepada Akta Dadah Berbahaya 1952. Selaras dengan perkembangan
ini, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
mengumumkan di Parlimen ketika Persidangan Parlimen pada bulan Mac
2017 bahawa kajian tersebut telah selesai dan telah diluluskan oleh Kabinet.
Sehubungan itu, ia telah dipersetujui bahawa Seksyen 39B Akta Dadah
Berbahaya 1952 dipinda dan dimasukkan peruntukan tambahan untuk
memberi kuasa budi bicara kepada mahkamah dalam memutuskan
hukuman lain berdasarkan syarat-syarat tertentu bagi kesalahan
pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta tersebut. Rang Undang-
28
L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017