kerakyatan, dan individu yang berisiko tidak mempunyai kerakyatan dapat
dipertahankan. Selain itu, pemeteraian MoU ini akan mengukuhkan lagi
komitmen untuk bekerja bersama dan berhubung dengan pelbagai agensi
kerajaan serta pihak berkepentingan bagi memastikan hak-hak kumpulan
rentan ini dilindungi.
Melalui MoU ini, SUHAKAM dan UNHCR telah membangunkan satu pelan
tindakan secara bersama bagi tahun 2017-2019 yang merangkumi,
antaranya termasuklah memperjuangkan penggubalan dan pemakaian
perundangan domestik serta rangka kerja pentadbiran bagi pelindungan
hak-hak pencari suaka dan pelarian; mengusahakan inisiatif untuk
melaksanakan alternatif penahanan terutamanya bagi wanita dan kanakkanak; menganjurkan kempen kesedaran dan latihan; mempromosikan
pemahaman dan respon yang lebih baik terhadap hak-hak pelarian
dan pencari suaka dalam masyarakat setempat; dan meningkatkan
persefahaman dan hidup bersama secara aman di Malaysia.
Selain itu, melalui MoU ini, SUHAKAM dan UNHCR boleh berkongsi sumber
dan data bagi membolehkan kedua-dua pihak mempunyai maklumat
yang lebih tepat, respon masa yang lebih pantas serta membantu dalam
mencari penyelesaian yang lebih baik dan boleh dilaksanakan terhadap
masalah-masalah yang dihadapi oleh pelarian, pencari suaka, orang
tanpa kerakyatan dan individu yang berisiko tidak mempunyai kerakyatan
di Malaysia.
SUHAKAM memuji Jabatan Imigresen Malaysia dalam usahanya untuk
menyaring dan melepaskan imigran, pelarian dan pencari suaka setelah
memeriksa keaslian kad UNHCR mereka serta memastikan kumpulan
L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017
27
1
Pemeteraian MoU ini membantu merealisasikan matlamat yang dikongsi
oleh SUHAKAM dan UNHCR dalam memastikan bahawa SDG dan
kepentingan komitmen ‘tiada sesiapa yang akan ketinggalan’ bagi
perlindungan hak asasi manusia pelarian, pencari suaka, orang tanpa
B A B
menandatangani satu MoU bagi merasmikan komitmen mereka untuk
bekerjasama dengan lebih erat serta sokongan bersama antara keduadua organisasi dalam melindungi hak-hak pelarian, pencari suaka, orang
tanpa kerakyatan dan individu yang berisiko tidak mempunyai kerakyatan
di Malaysia.