5. BULI SIBER DAN HAK ASASI MANUSIA Pada tahun 2017, SUHAKAM menerokai satu isu baharu iaitu buli siber dan hak asasi manusia. SUHAKAM percaya bahawa setiap orang mempunyai hak untuk dihormati, selamat dan bebas daripada keganasan, gangguan dan buli. Kehidupan yang bebas daripada keganasan dan layanan yang kejam, menjatuhkan maruah dan tidak berperikemanusiaan merupakan satu hak asasi asas yang perlu dinikmati oleh setiap orang tanpa mengira umur dan kepercayaan. Seiring dengan kemajuan teknologi, kaedah pembulian juga berkembang dan mengambil pelbagai bentuk dalam dunia siber. Buli siber boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal seseorang. Mangsa boleh mengalami pengasingan sosial yang ketara dan berasa tidak selamat. Hal ini boleh membawa kepada kemudaratan emosi dan fizikal, kehilangan kepercayaan diri, perasaan malu dan kebimbangan, kesukaran untuk belajar dan menumpukan perhatian, malah lebih teruk sehingga membunuh diri. Menurut CyberSecurity Malaysia, sehingga bulan Ogos 2017, terdapat 431 insiden berhubung gangguan siber yang dilaporkan. Walaupun terdapat 1524 kes buli siber yang direkodkan dalam tempoh lima tahun terdahulu, Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang khusus untuk mengekang atau menangani buli siber. Pada 25 Julai 2017, SUHAKAM telah menghadiri satu konsultasi dengan pihak berkepentingan tentang cara mengatasi gangguan berkaitan teknologi dan keganasan berasaskan jantina. Dalam konsultasi tersebut, telah dicadangkan satu strategi harus dibangunkan bagi membolehkan pemupukan dan pemerkasaan pengalaman Internet yang selamat untuk semua pengguna Internet. Konsultasi tersebut juga mengambil maklum bahawa mangsa kepada buli siber mungkin berhadapan dengan tekanan emosi dan psikologi. Oleh hal yang demikian, bantuan hendaklah disediakan. 6. 26 MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) DENGAN PESURUHJAYA TINGGI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU BAGI PELARIAN (UNHCR) Sejak penubuhannya, SUHAKAM telah memperjuangkan hak pelarian, pencari suaka, individu tanpa kerakyatan dan individu yang berada dalam keadaan berisiko. Pada 14 September 2017, SUHAKAM dan UNHCR telah L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017

Select target paragraph3