Maklumat yang terkandung dalam Laporan itu akan menjadi penting kepada Parlimen apabila mempertimbangkan kerelevanan dan pembaharuan tempoh penahanan 28 hari di bawah SOSMA pada masa akan datang. Hal ini juga akan membantu Parlimen memastikan SOSMA lebih efektif dan konsisten dengan prinsip asas perundangan dan kepatuhan hak asasi manusia. B. Jawatankuasa Pilihan berhubung Hak Asasi Manusia SUHAKAM juga mencadangkan pembentukan sebuah Jawatankuasa Pilihan berhubung Hak Asasi Manusia. Jawatankuasa ini mempunyai fungsi mengkaji semula kandungan-kandungan yang terdapat di dalam laporan itu sebelum diserahkan kepada Parlimen. Sehubungan itu, SUHAKAM menyambut baik persetujuan Kabinet kepada cadangan Kesatuan Antara Parlimen (IPC) yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya satu Kokus Parlimen berhubung Hak Asasi Manusia ditubuhkan. Kokus tersebut akan dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak, parti kerajaan dan pembangkang, dan akan bertindak sebagai penghubung SUHAKAM dan agensi kerajaan lain bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia di Malaysia. SUHAKAM mengesyorkan supaya kokus tersebut juga dapat membincangkan dan mengkaji semula pemakaian undangundang keselamatan seperti SOSMA bagi memastikan penggunaan undang-undang berkenaan selari dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia, berkadaran dan munasabah. L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017 25 1 SOSMA. B A B SUHAKAM juga ingin menyatakan bahawa tahanan yang ditahan di bawah undang-undang penahanan pencegahan boleh terdedah pada tahap risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa penderaan fizikal dan menjadi subjek bagi layanan buruk yang boleh membawa kepada penyeksaan. Bagi meminimumkan kebarangkalian tersebut, SUHAKAM mencadangkan supaya pihak berkuasa dan polis khususnya, membangunkan satu prosedur operasi standard (SOP) untuk menangani perkara-perkara yang berkaitan dengan penahanan di bawah SOSMA. Selain itu, Parlimen haruslah mempunyai akses kepada SOP ini bagi memastikan langkahlangkah telah diambil bagi melindungi hak individu yang ditahan di bawah

Select target paragraph3