negara kepada risiko. Oleh yang demikian, sebarang undang-undang yang
menidakkan prinsip-prinsip hak asasi manusia haruslah membenarkan
undang-undang tersebut disemak secara berkala bagi menyediakan
perlindungan yang memuaskan.
A. Penyerahan Laporan Tahunan kepada Parlimen
SUHAKAM melalui kenyataannya4 berpendirian bahawa Kementerian
Dalam Negeri perlu menyerahkan laporan berkenaan penggunaan Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) kepada
Parlimen secara tahunan.
Laporan tersebut bertujuan memastikan kebertanggungjawaban bagi
membolehkan Parlimen untuk menilai keperluan penggunaan peruntukan
28 hari penahanan pencegahan oleh polis seperti yang ditetapkan di
bawah Seksyen 4(5) SOSMA. Laporan itu perlu mengandungi maklumat dan
penilaian semasa berkenaan ancaman dan risiko keselamatan kepada
Malaysia. Laporan tersebut juga perlu mempunyai maklumat seperti yang
berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
Bilangan kes orang yang ditahan di bawah SOSMA bagi tahun yang
dikaji semula;
Kumpulan umur dan jantina orang yang ditahan di bawah SOSMA;
Bilangan hari penahanan di bawah SOSMA;
Bilangan tahanan yang dibebaskan sebelum tamat tempoh 28 hari;
Bilangan tahanan yang didakwa di bawah undang-undang yang
relevan sebelum tamat atau selepas tempoh 28 hari;
Bilangan tahanan yang dibebaskan dan tidak didakwa sama sekali;
vii.
Bilangan tahanan yang pada mulanya ditahan di bawah SOSMA
tetapi kemudiannya ditahan di bawah undang-undang pencegahan
lain termasuklah Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta
Pencegahan Keganasan 2015; dan
viii. Bilangan tahanan yang telah disabitkan kesalahan dan Akta
yang digunakan bagi mendakwa tahanan tersebut setelah selesai
penyiasatan di bawah SOSMA.
4
Kenyataan Media SUHAKAM no. 11 tahun 2017.
24
L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017