iii. berkaitan dengan jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia diharmonikan. 4. PENAHANAN PENCEGAHAN Pada 3 April 2017, peruntukan 28 hari penahanan pencegahan oleh polis seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah dilanjutkan untuk lima tahun lagi setelah semakan terhadap klausa ”sunset” di bawah Seksyen 4(11) SOSMA dibuat. Klausa ”sunset” mewajibkan Parlimen untuk mengkaji semula kuasa budi bicara yang diberikan di bawah Seksyen 4(5) SOSMA. Seksyen 4(11) SOSMA menyatakan bahawa “subseksyen (5) hendaklah disemak tiap-tiap lima tahun dan hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan jika, apabila semakan dibuat, suatu ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan itu”. Klausa ”sunset” ini telah dinyatakan secara khusus di Parlimen ketika bacaan kedua rang undang-undang sebagai satu daripada perlindungan yang dimaksudkan oleh kerajaan terhadap SOSMA. SUHAKAM ingin menekankan bahawa keseimbangan yang sewajarnya hendaklah dicapai antara keperluan untuk melindungi negara daripada ancaman keselamatan, dan pada masa yang sama, mengekalkan kebebasan dan hak asasi manusia asas. Kedua-dua pertimbangan ini haruslah dijalinkan bagi mengukuhkan antara satu sama lain; keselamatan tanpa konsep semak dan imbang boleh menghakis hak asasi manusia; dan juga hak asasi manusia yang mutlak boleh mendedahkan keselamatan L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017 23 1 Justeru, SUHAKAM mencadangkan bahawa selari dengan kuasa Menteri di bawah Seksyen 26 SOACA 2017, peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di atas dimasukkan ke dalam Jadual. Di samping itu, sebarang undangundang lain yang relevan juga harus dimasukkan ke dalam Jadual setakat mana undang-undang tersebut relevan dengan peruntukan SOACA 2017 bagi memberikan petunjuk yang jelas terhadap ruang lingkup SOACA 2017 serta bagi memastikan bahawa semua undang-undang yang relevan B A B Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 yang berkaitan dengan pemilikan pornografi kanak-kanak dalam bentuk filem lucah.

Select target paragraph3