A. Pendaftar pesalah-pesalah seksual kanak-kanak SUHAKAM berpandangan bahawa perlu mempunyai satu petunjuk yang jelas berhubung pendaftaran pesalah-pesalah di bawah SOACA 2017, sebagaimana Seksyen 118 dan 119 Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan bagi “Daftar Kanak-kanak”, yang hendaklah mengandungi butiran individu yang disabitkan dengan kesalahan terhadap kanak-kanak. Daftar tersebut hanya boleh diakses setelah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat bagi membuat saringan terhadap individu yang terlibat dalam pengurusan dan penjagaan kanak-kanak. SUHAKAM berpendapat bahawa pangkalan data sedemikian boleh menjadi asas dalam mengawasi pesalah-pesalah yang disabitkan di bawah Akta ini untuk memastikan kanak-kanak dilindungi dan seterusnya mengesyorkan Kerajaan memastikan bahawa Daftar tersebut mengandungi butiran semua pesalah seks kanak-kanak yang diketahui. Selanjutnya, SUHAKAM berharap agar Daftar tersebut akan sentiasa dikemas kini bagi memastikan keberkesanannya dalam melindungi kanak-kanak. B. Mahkamah Khas bagi Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak SUHAKAM mengalu-alukan penubuhan Mahkamah Khas bagi Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak yang telah dirasmikan pada 22 Jun 2017 bagi mendengar kes-kes jenayah seksual kanak-kanak, selari dengan penggubalan SOACA 2017. SUHAKAM menekankan bahawa Mahkamah Khas ini mestilah memastikan bahawa prinsip kepentingan terbaik kanakkanak ditegakkan sepanjang prosiding. C. Peruntukan tambahan dimasukkan ke dalam Jadual SOACA 2017 Ketika ini, Jadual SOACA 2017 tidak mengandungi peruntukan-peruntukan yang berikut: i. Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan penjualan dan pengedaran bahan-bahan lucah; ii. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berkaitan dengan pembuatan, penghasilan dan penghantaran bahan-bahan lucah melalui Internet; dan 22 L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017

Select target paragraph3