ii.
Pembiayaan NHRI dan undang-undang antirasuah
SUHAKAM menyatakan bahawa bajet bagi tahun 2016 telah dipotong
sebanyak 45 peratus. Hal ini telah menyebabkan implikasi yang besar
kepada SUHAKAM dalam menjalankan mandatnya, kerana SUHAKAM
tidak dapat menganjurkan aktiviti advokasi dan promosi yang berkaitan
dengan pelbagai perkara termasuk CEDAW, dan menjalankan siasatan
yang lebih mendalam terhadap hak-hak wanita di Malaysia.
Berkaitan isu antirasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
telah ditugaskan untuk menyiasat isu-isu berkaitan rasuah. Walaupun
terdapat undang-undang khusus berkaitan antirasuah, namun isu utama
yang sering dibangkitkan adalah berkenaan penguatkuasaan. Selain
itu, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 mempunyai pelbagai
kelompangan dan tidak menyediakan perlindungan yang mencukupi
kepada pemberi maklumat.
iii.
Aplikasi undang-undang Islam atau Syariah
Jawatankuasa CEDAW menjelaskan bahawa dalam pemerhatian akhir
terdahulu untuk Malaysia, pihaknya telah menggalakkan kerajaan
Malaysia mengambil langkah-langkah bagi meningkatkan sokongan
untuk pembaharuan undang-undang, termasuk melalui perkongsian dan
kerjasama dengan pemimpin-pemimpin komuniti Islam. Sehubungan itu,
Jawatankuasa bertanya sama ada usaha telah dibuat oleh pihak kerajaan
dalam hal ini. Kedua, Jawatankuasa meminta penjelasan lanjut berhubung
penggunaan Undang-undang Syariah di Malaysia.
SUHAKAM menjelaskan bahawa di Malaysia, undang-undang Islam
merupakan bidang kuasa negeri dan ditadbir oleh setiap negeri, oleh
itu wujud keperluan untuk pengharmonian undang-undang Islam antara
L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017
19
1
Jawatankuasa CEDAW mempersoalkan bajet SUHAKAM dan sama ada
terdapat undang-undang antirasuah dan kesannya dalam usaha kerajaan
untuk menangani isu-isu hak asasi manusia; dan jika undang-undang
antirasuah wujud, sama ada undang-undang tersebut mencukupi untuk
mengatasi masalah rasuah.
B A B
Kementerian Dalam Negeri mengenai isu pemerdagangan, namun
perkembangan sangat perlahan.