BAB 1
B A B
1.
1
Bahagian Pembaharuan
Undang-undang dan Triti
KONVENSYEN MENGENAI PENGHAPUSAN SEGALA BENTUK DISKRIMINASI
TERHADAP WANITA (CEDAW)
Berikutan penyerahan Laporan Negara ketiga hingga kelima CEDAW
kepada Jawatankuasa CEDAW pada 1 September 2016, SUHAKAM juga
menyerahkan Laporan Bebas kepada Jawatankuasa CEDAW pada
31 Mac 2017.
Sehubungan itu, SUHAKAM telah diundang untuk menghadiri PraSesi Kumpulan Kerja bagi Instiitusi Hak Asasi Manusia Nasional (NHRI)
Jawatankuasa CEDAW ke-69.1 Pra-sesi tersebut adalah untuk menyediakan
platform bagi Institut Nasional Hak Asasi Manusia (NHRI) untuk menyatakan
isu-isu berkaitan CEDAW yang dilaksanakan oleh Negara-Negara Pihak. Isuisu yang dibangkitkan pada sesi tersebut menjadi sebahagian daripada
senarai isu dan persoalan yang akan disediakan oleh Jawatankuasa
CEDAW kepada Negara-Negara Pihak untuk dinilai.
Berikut merupakan isu-isu yang dibangkitan dalam penyata lisan SUHAKAM
kepada Jawatankuasa CEDAW pada pra-sesi tersebut:
i.
ii.
iii.
1
Kerajaan perlu menyegerakan proses untuk memperkenalkan undangundang kesaksamaan jantina dan bagi tujuan itu, memastikan
bahawa proses perundingan adalah inklusif;
Peruntukan yang jelas berkenaan rogol dalam perkahwinan
diperlukan dalam undang-undang jenayah sedia ada di Malaysia;
Latihan berkenaan gangguan seksual perlu diwajibkan kepada
semua pekerja dan majikan dalam sektor swasta dan agensi kerajaan;
Pra-Sesi Kumpulan Kerja bagi Institusi Nasional Hak Asasi Manusia (NHRI) Jawatankuasa CEDAW
ke-69 telah diadakan pada 24 Julai 2017.
L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017
17