PDRM. Latihan yang diberikan oleh SUHAKAM kepada polis dalam konteks ini
jelas menggariskan profesionalisme, nilai dan kebebasan polis.
Saya telah cuba sedaya upaya untuk membaca dengan teliti Maklum balas
Kerajaan terhadap Laporan Tahunan SUHAKAM 2016 yang telah dibentangkan
dalam Kabinet dan dipanjangkan ke Parlimen. Saya melihat bahawa maklum
balas kepada pemerhatian dan syor SUHAKAM adalah tidak mencukupi dan
sesetengahnya didapati tidak munasabah. Berhubung dengan syor-syor
SUHAKAM bahawa sebarang penahanan tidak boleh dibuat tanpa semakan
kehakiman, Kerajaan memberi maklum balas bahawa semakan kehakiman
boleh menjurus kepada keputusan berat sebelah (halaman 40). Pada
pandangan SUHAKAM, maklum balas sedemikian adalah tidak munasabah
kerana Kehakiman mempunyai kuasa dan tugas untuk memastikan proses
semakan dan imbangan bagi menentukan tindakan yang diambil oleh Badan
Eksekutif adalah mengikut Perlembagaan. Saranan bahawa penglibatan
mahkamah akan menjurus kepada keputusan berat sebelah merupakan satu
penghinaan terhadap integriti dan kebebasan Kehakiman.
Pada tahun ini, SUHAKAM meraikan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia dengan
mengadakan Festival Hari Hak Asasi Manusia buat pertama kalinya dengan
penglibatan masyarakat awam. Sambutan orang ramai amat menggalakkan
dan SUHAKAM akan mempertimbangkan untuk mengadakan inisiatif yang
serupa dalam skala yang lebih besar untuk tahun-tahun yang akan datang.
Tugas saya sebagai Pengerusi adalah untuk terus membina reputasi dan
keyakinan orang ramai, Kerajaan dan masyarakat sivil terhadap SUHAKAM
walaupun telah dilabel sebagai “harimau tanpa taring”. Laporan Tahunan
ini menunjukkan hasil kerja yang telah dijalankan untuk menyokong objektif
kami pada tahun 2017 dan maklumat terperinci tentang aktiviti dan pendirian
kami, dalam rangka pelan kerja dan prioriti strategik. Melalui aktiviti-aktiviti
penyelidikan, penyiasatan, inkuiri, inisiatif sektor swasta dan awam, dialog,
perbincangan meja bulat serta laporan kepada mekanisme hak asasi manusia
antarabangsa, kami memastikan agar keyakinan Parlimen, badan-badan
antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta masyarakat sivil
terhadap SUHAKAM dapat dipertingkatkan. SUHAKAM berdedikasi untuk terus
maju, berkembang dan bertambah baik serta memberi lebih banyak impak
L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017
xiii
ULASAN PENGERUSI
untuk proses modernisasi, diikuti dengan pemberian kebebasan terhadap fungsi