MESEJ PENGERUSI Antara perubahan positif tersebut adalah kemasukan ‘gender’ dalam Perlembagaaan Persekutuan sebagai salah satu asas larangan terhadap diskriminasi; menambahbaik keadaan pust tahanan dan lokap polis; ratifikasi Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD); enakmen Akta AntiPemerdagangan Orang 2007; penarikan balik reservasi kepada Perkara 1, 13 dan 15 Konvensyen mengenai Hak Kana-Kanak (CRC) dan Perkara 5(a), 7(b) dan 16(2) Konvensyen mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi ke atas Wanita (CEDAW); beberapa penambahbaikan perumahan awam dan akses kepada penjagaan kesihatan; dan mewajibkan pendidikan rendah. Walau bagaimanapun, masih banyak yang perlu dilakukan ke arah penerimaan dan aplikasi standard hak asasi manusia antarabangsa. Suruhanjaya juga terus mendesak Kerajaan supaya meratifikasikan enam triti teras hak asasi manusia yang masih belum diratifikasi; walaupun usaha-usaha telah dibuat oleh Suruhanjaya dan kumpulan hak asasi manusia yang lain. Seawal 2001, Suruhanjaya telah mengesyorkan kepada Kerajaan untuk membangunkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional (NHRAP), menurut Deklarasi Vienna dan Program Tindakan yang diterimapakai di Persidangan Dunia mengenai Hak Asasi Manusia pada 1993. Sejak kebelakangan ini, Suruhanjaya berusaha menyakinkan Kerajaan akan manfaat NHRAP dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. Antaranya, Suruhanjaya telah merangka kertas cadangan NHRAP dan membentangkannya kepada Kerajaan untuk pertimbangan. Saya berbesar hati untuk memaklumkan bahawa Kerajaan telah memberikan maklum balas positif kepada idea ini dan telah melantik agensi fokal Kerajaan yang bertanggungjawab menyedia dan membangunkan NHRAP tersebut, dengan kerjasama Suruhanjaya. Memandangkan proses ini turut melibatkan konsultasi dengan agensi Kerajaan yang berkaitan, badan bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat awam, saya berharap kepada semua yang mempercayai dan menghargai hak asasi manusia akan tampil ke hadapan untuk memastikan NHRAP menjadi kenyataan dan berjaya, bagi membolehkan Malaysia tersenarai sebagai salah sebuah negara yang telah mewujudkan NHRAP. Bagaimanapun, sebarang undang-undang, polisi atau syor mengenai perlindungan manusia akan bergerak perlahan dan tidak bermakna sekiranya pemikiran, persepsi dan pendekatan masyarakat tidak berubah. Oleh itu, salah satu fungsi Suruhanjaya adalah menyokong hak manusia dengan mempromosikan kesedaran hak asasi manusia melalui kajian; dan menganjurkan persidangan, seminar dan bengkel dengan tujuan menyebar dan memupuk nilai-nilai hak asasi manusia ke seluruh negara. Aktiviti-aktiviti ini termasuk menyediakan latihan mengenai aspek hak asasi manusia secara khusus dan umum, kepada pelbagai sektor masyarakat seperti penggubal undang-undang, kehakiman, pegawai penguatkuasa undang-undang, NGO serta pentadbiran sekolah, guru dan pelajar, termasuk mereka di peringkat pendidikan tinggi. 2

Select target paragraph3