BAB 2 - LAPORAN KUMPULAN KERJA ADUAN DAN SIASATAN
(b) Inkuiri Awam
Suruhanjaya telah menggesa pihak polis supaya memastikan bahawa hak statutori tahanan untuk
merujuk kepada peguam dipatuhi sepenuhnya. Ini adalah selari dengan Seksyen 28A Kanun Prosedur
Jenayah yang memerlukan polis memaklumkan kepada tahanan sebab dia ditahan dan juga haknya
untuk menghubungi peguam dan keluarga. Isu tersebut telah dibincangkan pada Inkuiri Awam yang
dijalankan terhadap lima peguam daripada Pusat Bantuan Guaman yang ditahan pada 7 Mei 2009
di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan dalam Laporan Tahunan 2009. Inkuiri
tersebut berakhir pada April 2010 dan panel Inkuiri berpendapat bahawa tindakan polis menangkap
dan menahan lima peguam daripada Pusat Bantuan Guaman tersebut adalah satu penafian hak untuk
diwakili peguam dan melanggar Artikel 5(3)3 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 28A4 Kanun
3
Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan: Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan
dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya.
4
Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah: Hak orang yang ditangkap.
(1) Seseorang yang ditangkap tanpa waran hendaklah diberitahu alasan penangkapannya dengan seberapa segera yang boleh oleh pegawai polis
yang menangkapnya.
(2) Pegawai polis hendaklah, sebelum memulakan sebarang cara penyoalan atau rakaman mana-mana pernyataan daripada orang yang ditangkap,
memberitahu orang itu bahawa dia boleh –
(a) berkomunikasi atau cuba berkomunikasi, dengan saudara atau kawan untuk memberitahu di mana dia berada; dan
(b) berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dan berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya.
(3) Di mana orang yang tertangkap berhasrat untuk berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dengan orang-orang yang dirujuk di dalam perenggan
(2)(a) dan (b), pegawai polis itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, membenarkan orang yang ditangkap itu berbuat sedemikian.
(4) Di mana orang yang ditangkap telah meminta pengamal undang-undang untuk dirunding, pegawai polis itu hendaklah membenarkan suatu
masa yang munasabah –
(a) bagi pengamal undang-undang untuk hadir untuk berjumpa dengan orang yang ditangkap di tempat tahanannya; dan
(b) bagi rundingan dijalankan.
(5) Rundingan di bawah subseksyen (4) hendaklah dalam penglihatan seorang pegawai polis dan dalam keadaan, sejauh mana yang praktik, dimana
komunikasi mereka tidak dapat didengar.
(6) Pegawai polis itu boleh menangguh mana-mana penyoalan atau rakaman mana-mana pernyataan daripada orang yang ditangkap untuk masa
yang munasabah sehingga komunikasi atau cubaan komunikasi di bawah perenggan 2(b) atau rundingan di bawah subseksyen (4) telah dibuat.
(7) Pegawai polis itu hendaklah menyediakan kemudahan yang munasabah untuk komunikasi dan rundingan di bawah seksyen ini dan semua
kemudahan yang disediakan hendaklah percuma.
(8) Keperluan-keperluan di bawah subseksyen (2), (3), (4), (5), (6) dan (7) hendaklah tidak terpakai di mana pegawai polis itu dengan semunasabahnya
percaya bahawa –
(a) pematuhan mana-mana keperluan mungkin akan mengakibatkan –
(i) rakan jenayah orang yang ditangkap mengambil langkah untuk menghindar dari diberkas; atau
(ii) penyembunyian, pemalsuan atau kemusnahan keterangan atau menakuti saksi; atau
(b) setelah mengambil kira keselamatan orang lain penyoalan atau rakaman mana-mana pernyataan adalah begitu penting menyebabkannya
tidak boleh ditangguh.
(9) Subseksyen (8) hendaklah hanya terpakai selepas kebenaran oleh pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Penguasa Polis.
(10) Pegawai polis yang memberi kebenaran di bawah subseksyen (9) hendaklah merekod alasan-alasan yang dipercayainya bahawa syarat-syarat
yang dinyatakan di bawah subseksyen (8) akan timbul dan rekod itu hendaklah dibuat dengan seberapa segera yang praktik.
(11) Pegawai penyiasat hendaklah mematuhi keperluan-keperluan di bawah subseksyen (2), (3), (4), (5), (6) dan (7) dengan seberapa segera selepas
syarat-syarat yang dinyatakan di bawah subseksyen (8) telah tidak lagi terpakai di mana orang yang ditangkap masih di dalam tahanan di bawah
seksyen ini atau seksyen 117.
42