BAB 2 - LAPORAN KUMPULAN KERJA ADUAN DAN SIASATAN BAB 2 LAPORAN KUMPULAN KERJA ADUAN DAN SIASATAN Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 menyatakan bahawa salah satu fungsi utama Suruhanjaya ialah menyiasat aduan-aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia. Kuasa dan fungsi Suruhanjaya di bawah Seksyen 4 untuk menyiasat dakwaan-dakwaan tersebut dilaksanakan oleh Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan (CIWG). 1. PENYELESAIAN ADUAN Sepanjang tahun, Suruhanjaya menerima 1,005 aduan (Rajah 1) di pejabatnya di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching, 42 daripada aduan tersebut adalah dalam bentuk memorandum. 1,600 1,400 Jumlah Aduan 1,200 1,000 800 600 400 200 0 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 Tahun Rajah 1: Aduan yang diterima Suruhanjaya mendapati bahawa 437 aduan adalah di luar bidang kuasanya. Aduan tersebut termasuklah: • Isu-isu pentadbiran yang sewajarnya dapat diselesaikan segera oleh agensi-agensi yang berkaitan; 37

Select target paragraph3