BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI Antara topik perbincangan adalah berkenaan hak asasi kanak-kanak dan wanita, hak kepada integriti fizikal dan moral, hak kepada taraf hidup bersesuaian, hak kepada kesihatan, menjadikan pusat tahanan dan penjara sebagai tempat yang selamat dan penggunaan terbaik pusat tahanan dan penjara, kategori istimewa tahanan-tahanan termasuk tahanan kanak-kanak, wanita dan mereka yang ditahan tanpa bicara. Aktiviti lakonan ‘role play’ dan perbincangan pelbagai kajian kes telah digunakan sebagai kaedah penyampaian sewaktu latihan ini. (c) Ceramah kepada Ahli RELA Suruhanjaya telah mempertingkatkan fokus kepada ahli Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dalam program hak asasi manusianya. Suruhanjaya telah dijemput memberi ceramah berkenaan isu-isu hak asasi manusia semasa program latihan kepada ahli RELA yang diadakan di pusat-pusat latihan RELA di seluruh Malaysia. Selain itu, Suruhanjaya turut menganjurkan dua program latihan kepada pelatih bagi pegawai kanan RELA. Suruhanjaya yang telah menganjurkan program latihan hak asasi manusia kepada ahli RELA sejak 2007, turut memantau aduan terhadap anggotanya. Pada tahun 2008, sebanyak enam aduan telah diterima Suruhanjaya. Dari tahun 2009 sehingga Ogos 2010, Suruhanjaya tidak menerima sebarang aduan terhadap salah laku RELA yang melibatkan pelanggaran hak asasi manusia. Laporan tahunan 2009 SUARAM6 (Suara Rakyat Malaysia) turut melaporkan tidak menerima sebarang aduan terhadap RELA. Dua kemungkinan boleh dirungkaikan atas penurunan aduan. Pertama, mungkin disebabkan kejayaan dan keberkesanan program kesedaran hak asasi manusia yang dianjurkan Suruhanjaya dan juga peningkatan dalam Prosedur Operasi Standard RELA yang diperkenalkan. Kedua, RELA tidak lagi menjalankan operasi dengan sendiri, tetapi membantu agensi-agensi lain seperti Jabatan Imigresen dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Walau bagaimanapun, pemilihan dan kelayakan menjadi anggota RELA haruslah melalui proses yang ketat dan pemeriksaan terhadap latar belakang calon adalah penting bagi memastikan mereka benar-benar layak, lebih-lebih lagi apabila RELA mahu mencapai 2.5 juta anggota7 sebelum 2012, yang terbuka kepada mereka yang berumur 16-40 tahun. Suruhanjaya mencadangkan bahawa kursus perlantikan ahli RELA yang baru disemak semula dan kursus orientasi yang lebih lama dan komprehensif diberikan kepada semua lantikan RELA yang baru, memandangkan latihan yang sedia ada hanya untuk tujuh hari. Latihan yang lebih panjang dan menyeluruh haruslah diberi sebelum seseorang diterima menjadi anggota. 6 7 Laporan SUARAM: Malaysia Human rights Report 2009: Civil Political Rights http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/8/4/mstar_berita/20100804113819&sec=mstar_berita 35

Select target paragraph3