BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI Pada bulan Ogos, Suruhanjaya buat pertama kali menganjurkan Bengkel tentang Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) kepada Pegawai Penyiasat dari Unit Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak, Bahagian Siasatan Jenayah (D11). Peserta telah diperkenalkan kepada konvensyen antarabangsa, khususnya CRC dan CEDAW, dan bagaimana ia boleh digunapakai dalam tugas harian mereka. Pegawai penyiasat telah dinasihatkan supaya sensitif dan peka kepada hak kanak-kanak dan hak wanita dalam mengendalikan kes-kes melibatkan golongan ini. Perlindungan harus diberikan kepada mangsa rogol atau mangsa keganasan rumahtangga yang membuat aduan kepada polis. Pegawai yang bertugas harus mengambil aduan secara profesional dan penuh hemah. Pegawai tersebut juga harus mengikuti latihan bagaimana menangani kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan wanita bagi memastikan kerjasama daripada semua pihak. Kerjasama yang tidak memberansangkan akan menyukarkan proses penyiasatan. Inisiatif terbaru yang dikenalpasti adalah untuk membenarkan pengadu wanita dan kanak-kanak dibawa ke bilik yang berasingan apabila mereka hadir membuat aduan. Di penghujung program tersebut, peserta telah diminta menyediakan satu pelan tindakan, dan berkongsi bagaimana merealisasikan pelan tindakan tersebut kepada pihak atasan masing-masing. Dalam menyediakan pelan tersebut, peserta telah diingatkan tentang pihak yang akan membaca pelan tersebut, keberkesanan menjalankan pelan tersebut dan masa yang perlu untuk merealisasikan pelan tersebut. Suruhanjaya akan memantau pelan tindakan tersebut dengan mengadakan program untuk mengkaji dan menyemak keberkesanan pelan tindakan tersebut dalam masa tiga bulan. (b) Latihan untuk Pegawai Penjara Sebanyak empat bengkel hak asasi manusia telah dianjurkan kepada pegawai penjara pada tahun ini. Program pertama telah dijalankan pada 14-16 April, kedua pada 27-30 Jun, ketiga pada 26-29 September dan yang keempat pada 29 November-1 Disember. Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama pihak Akademi Koreksional Penjara dan peserta terdiri daripada 140 pegawai kanan penjara. Peserta telah dimaklumkan bahawa mereka mempunyai peranan dalam usaha untuk memperjuangkan dan melindungi hak-hak asasi manusia, dan mereka harus mengamalkannya dalam kerja mereka sehari-hari. Bengkel ini juga menekankan tanggungjawab penjara untuk memberi peluang kepada tahanan dalam jagaan mereka dan bukan untuk menghukum. Peserta turut melihat standard hak asasi manusia antarabangsa yang relevan dalam menjalankan tanggungjawab mereka. 34

Select target paragraph3