BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI Isu ini telahpun diketengahkan dalam Laporan Tahunan SUHAKAM 2008, yang mana pihak kementerian dan agensi Kerajaan memetik Artikel 43 dan 214 Kovenan Mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) sebagai justifikasi tindakan yang telah diambil dalam menyekat kebebasan untuk berkumpul. Ini adalah tidak patut, lebih-lebih lagi kerana Malaysia merupakan antara negara ahli PBB yang masih belum menerimapakai ICCPR.5 Sewaktu program latihan, peserta telah mengajukan soalan berkenaan pegawai polis yang berinteraksi dengan suspek yang menunjukkan simptom-simptom penyakit kritikal. Suruhanjaya menasihatkan agar semua anggota polis diberi suntikan vaksin yang sewajarnya dan peralatan yang perlu sebagai langkah-langkah pencegahan. Pegawai-pegawai polis membentangkan hasil perbincangan mereka tentang isu hak asasi wanita dan kanak-kanak. 3 Artikel 4(1): Pada saat keadaan darurat yang mengancam keselamatan negara dan kewujudannya, yang diumumkan secara rasmi, Negara-negara Pihak Kovenan boleh mengambil tindakan-tindakan yang boleh menyeleweng daripa kewajiban mereka dibawah kovenan ini sejauhmana langkah tersebut benar-benar diperlukan oleh keadaan yang terdesak, asalkan tindakan-tindakan tersebut tidak bertentangan dengan kewajiban-kewajiban mereka yang lain yang terdapat didalam undang-undang antarabangsa dan tidak melibatkan diskriminasi semata-mata berdasarkan bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama atau asal-usul sosial. (2):Penyelewengan daripada Fasal 6,7,8 (perenggan 1 dan 2), 11, 15 dan 18 adalah sama sekali tidak dibenarkan dibawah peruntukan ini. (3): Mana-mana Negara Pihak Kovenan ini yang menggunakan hak penyelewangan ini harus segera memberitahu Negara-negara Pihak Kovenan yang lain, melalui Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mengenai peruntukan yang diseleweng dan sebab-sebab yang memaksanya berbuat demikian. Pemberitahuan yang seterusnya harus dibuat, melalui perantara yang sama, mengenai tarikh ia akan menghentikan penyelewengan tersebut. 4 Artikel 21: Hak untuk berkumpul secara aman perlu diakui. Tiada halangan yang boleh dikenakan terhadap pelaksanaan hak ini melainkan yang ditetapkan dalam undang-undang dan yang perlu dalam masyarakat demokratik demi kepentingan keselamatan negara, keselamatan umum, ketenteraman awam, perlindungan terhadap kesihatan dan moral umum atau perlindungan hak-hak dan kebebasan orang lain. 5 Negara ahli lain yang masih belum menerimapakai Konvensyen tersebut termasuklah Bhutan, Myanmar, Oman, Qatar, Saudi Arabia dan UAE. 33

Select target paragraph3