BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI Satu lagi isu penting yang menjadi fokus dalam program latihan ini ialah hak untuk berhimpun. Sejak kewujudannya, Suruhanjaya ini telah menjalankan tiga siasatan awam2 berkaitan hak untuk berhimpun. Laporan hasil daripada siasatan ini menggariskan panduan-panduan yang harus digunapakai oleh polis dan penganjur sewaktu berhimpun. Antara panduan yang digariskan adalah: • Undang-undang berkenaan hak untuk berhimpun harus dilaksanakan secara adil dan sama rata tanpa sebarang diskriminasi. • Satu model kerjasama antara polis dan penganjur dilaksanakan. Penganjur perlu memaklumkan kepada polis tentang perhimpunan yang bakal dianjurkan, supaya tidak perlu untuk memohon lesen bagi mengadakan perhimpunan aman. • Pihak berkuasa, termasuk pihak yang bertanggungjawab atas kawasan-kawasan awam yang ingin digunapakai, harus membenarkan kawasan tersebut digunapakai bergantung kepada kesesuaian program, tanpa sebarang diskriminasi. • Sekatan jalanraya tidak seharusnya diadakan semata-mata untuk menghalang perjalanan peserta berhimpun. • Pegawai polis harus memaparkan identiti masing-masing, terutamanya pada perisai badan. Suruhanjaya menekankan bahawa sekiranya perhimpunan dilangsungkan secara aman, pihak polis harus memberikan kerjasama yang sewajarnya agar perhimpunan berlangsung dengan aman dan keselamatan peserta terjamin. Malangnya, terdapat insiden di mana pihak polis menghalang peserta daripada menghadiri perhimpunan sebegini atas sebab keselamatan tanpa justifikasi risiko keselamatan. Suruhanjaya mengesyorkan agar polis menjalankan tugas mereka berlandaskan undang-undang yang ditetapkan, tanpa sebarang diskriminasi, sama ada berdasarkan fahaman politik, agama atau lainlain. Suruhanjaya mengamati terdapat insiden di mana polis mengambil tindakan terhadap program anjuran pembangkang, tetapi tiada tindakan sepertinya diambil terhadap penganjur program parti kerajaan. Para peserta diingatkan bahawa pihak polis tidak boleh mengambil keputusan sewenangwenangnya berasaskan andaian dan anggapan, tetapi haruslah berasaskan bukti dan fakta yang nyata. 2 Inquiry on Its Own Motion into the 5th November at the KESAS Highway, Public Inquiry: Incident at KLCC on 28 May, 2006, dan SUHAKAM Public Inquiry into the Arrest and Detention of 5 Lawyers at the Brickfields Police Station. 32

Select target paragraph3