BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI
(iv) Mesyuarat Susulan
Suruhanjaya mendapati ada beberapa isu yang dibentangkan dalam perbincangan meja bulat
masih belum dapat diselesaikan:
•
Kanak-kanak tidak bersekolah langsung kerana kemudahan sekolah tidak disediakan di
kawasan mereka.
•
Masalah pengangkutan di negeri Pahang dan Perak.
•
Kehadiran murid yang rendah.
•
Masalah pelaksanaan kurikulum alternatif seperti diperuntukkan dalam CRC dan
UNDRIP.
Syor-Syor Suruhanjaya
1.
Agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan pendidikan kanak-kanak Orang Asli iaitu
KPM dan JHEOA harus meningkatkan sistem penyampaian supaya isu-isu yang berlarutan dapat
diselesaikan secepat mungkin.
2.
Pegawai-pegawai yang terlibat seharusnya mempunyai sikap, pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang tugas yang berkenaan bagi memastikan keberkesanan melunaskan tanggungjawab
masing-masing. Oleh itu, pembangunan kapasiti personel khususnya mengenai kehidupan
Orang Asli harus diadakan secara terancang dan berkala. Pemilihan personel yang sesuai juga
penting bagi memastikan segala dasar, peraturan, keputusan, perancangan dan pelaksanaan
pendidikan menepati akses kepada pendidikan berkualiti. Selain itu, pendidikan yang dirancang
menepati keperluan dan bermakna kepada kehidupan mereka.
3.
Agensi berkenaan tidak harus melakukan diskriminasi terhadap Orang Asli dalam usaha
penyertaan komuniti ini dalam perkembangan arus perdana. Kepentingan terbaik masyarakat
Orang Asli perlu diambil kira tanpa mengabaikan keperluan unik mereka. Setiap keputusan yang
diambil mesti mengambilkira budaya dan adat resam Orang Asli.
4.
Agensi-agensi harus melibatkan Orang Asli daripada semua lapisan masyarakat dan suku kaum
dalam menentukan perkara-perkara yang melibatkan pendidikan mereka atau anak-anak
mereka.
5.
Penglibatan badan-badan bukan Kerajaan, sukarelawan dan badan korporat harus digalakkan
bagi membantu mempercepatkan proses pendidikan berkualiti bagi golongan Orang Asli.
29