BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI Jadual 1: Aktiviti Mengenai Status Pendidikan Komuniti Orang Asli Bil. (i) Aktiviti Tarikh Tempat 1. Perbincangan Meja Bulat Status Hak Pendidikan Kanak-Kanak Orang Asli 4 Mac Kuala Lumpur 2. Lawatan Ke Sekolah dan Kawasan Orang Asli 13 Mei Lanchang, Pahang 3. Mesyuarat Susulan Perbincangan Meja Bulat Status Hak Pendidikan Kanak-Kanak Orang Asli 4. 8 Jun SK Lanchang, Pahang Lawatan Ke Sekolah dan Kawasan Orang Asli 20 Julai Raub, Pahang 5. Lawatan Ke Sekolah dan Kawasan Orang Asli 21-24 Jun Gua Musang, Kelantan 6. Mesyuarat Susulan Perbincangan Meja Bulat Status Hak Pendidikan Kanak-Kanak Orang Asli 14-15 Julai SK Kuala Betis, Kelantan 7. Lawatan Ke Sekolah dan Kawasan Orang Asli 16-20 Ogos Daerah Batang Padang, Perak 8. Lawatan Ke Sekolah dan Kawasan Orang Asli 26 Sept - 1 Okt 9. Lawatan Anggota Suruhanjaya ke Sekolah dan Kawasan Orang Asli 13 Okt SK Sungai Tiang, Kampung Sungai Kejar, Perak 10. Mesyuarat Susulan Perbincangan Meja Bulat Status Hak Pendidikan Kanak-Kanak Orang Asli 14 Okt Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, Gerik, Perak Daerah Hulu Perak, Perak Perbincangan Meja Bulat Status Hak Pendidikan Kanak-Kanak Orang Asli Perbincangan ini telah dihadiri oleh agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pendidikan kanak-kanak Orang Asli. Kementerian dan agensi yang hadir adalah Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kementerian dan agensi ini telah menerima positif isu-isu yang dikemukakan oleh Suruhanjaya. Ada juga yang telah mengambil tindakan ke atas isu yang dibangkitkan seperti pendaftaran Mykad; sistem pengangkutan di Kelantan; pengurusan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP); dan pentadbiran rancangan makanan tambahan dan rancangan bantuan makanan oleh JHEOA. 27

Select target paragraph3