BAB 1 - LAPORAN KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI
Laporan Expert Mechanism Mengenai Hak Orang Asli1 menyokong pelaksanaan satu sistem
pembelajaran yang merangkumi budaya, sejarah, adat dan kepercayaan Orang Asli. Malaysia
menyokong Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Asal (UNDRIP) pada
tahun 2007 yang telah membangkitkan perkara yang sama:
•
Artikel 14(1): Orang Asli berhak untuk membentuk dan mengawal sistem pendidikan dan institusi
yang menyediakan pendidikan dalam bahasa mereka sendiri, dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian dengan budaya mereka.
•
Artikel 14(3): Negara-Negara mesti bersama-sama dengan Orang Asli mengambil langkah yang
berkesan, agar Orang Asli, terutamanya kanak-kanak termasuk mereka yang tinggal di luar
komuniti mereka untuk mengakses apabila mungkin, pendidikan dalam budaya mereka sendiri
dan disediakan dalam bahasa mereka sendiri.
•
Artikel 15: Orang Asli berhak atas martabat dan kepelbagaian budaya, tradisi, sejarah dan aspirasi
mereka yang seharusnya digambarkan secara bersesuaian dalam pendidikan dan maklumat
awam.
Atas kesedaran ini, aktiviti utama EWG bagi tahun ini adalah untuk melihat dan menilai status
pendidikan komuniti Orang Asli.
Ibu bapa Orang Asli memberikan pandangan sewaktu sesi dialog susulan bersama agensi Kerajaan.
1
http://www.ohchr.org/EN/NewsEvents/Pages/QualityEducationForIndigenousPeoples.aspx
26